Pages

Friday, February 24, 2012

JAMIL KHIR: BAI'AH MEMANG ADA DALAM ISLAM...


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ




JAMIL KHIR: BAI'AH MEMANG ADA DALAM ISLAM...

YAN - Sumpah bai'ah di kalangan calon2 Pas adalah menjurus kepada kepentingan politik parti itu semata2 sedangkan dalam Islam bai'ah adalah janji untuk mematuhi amanah dan memikul tanggungjawab, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. (gambar bawah)
Jamil Khir Baharom

Katanya, bai'ah memang ada dalam Islam, yang merupakan pertautan janji daripada kepimpinan untuk mematuhi amanah dan memikul tanggungjawab yang diberikan.

“Saya rasa bai'ah (ini atas dasar) nak jadi calon, atas rasa kebimbangan lompat parti dan sebagainya. Adakah kita mempunyai barisan Yang Berhormat yang tidak kita yakini dia punya perjuangan dan sebagainya.”

“Kenapa bai'ah ini skop nak jadi calon sahaja kerana pada zaman Rasullah dan para sahabat kita lihat bai'ah diberi kepada kepimpinan tapi hari ini bai'ah kepada bakal2 calon. Ini satu tanda tanya kepada masyarakat umum dan masyarakat ramai,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis sambutan Maulidur Rasul di Masjid Dulang Kecil di sini, hari ini.

Selasa lepas, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilapor berkata setiap calon Pas yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai'ah, satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat daripada bersumpah.

Abdul Hadi berkata ini bagi menentukan calon tidak menyeleweng daripada dasar Islam, cara dan matlamatnya.

Di KUALA LUMPUR, Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, tujuan sebenar Pas mengenakan sumpah bai'ah kepada anggota parti itu kerana bimbang ada antara mereka yang akan meninggalkan parti atas sebab2 tertentu.

Beliau berkata, Pas sebenarnya takut kepada bayang2 sendiri kerana khuatir wakil rakyatnya akan lompat parti yang mana boleh menghakis kuasa politik mereka.

“Jika benar Pas merupakan parti yang kuat, mengapa paksa calon wakil rakyatnya supaya bersumpah,” katanya dalam entri terbaru laman blog Umnocheras.blogspot.com, hari ini.

Syed Ali, yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan berkata amalan berbai'ah yang dilakukan PAS akan menjadikan anggota parti itu sebagai ‘pak turut’ dan ia bertentangan dengan semangat demokrasi.

“Sumpah ikrar taat kepada pemimpin secara membabi buta yang dilaksanakan parti itu bakal menjerut ahlinya sehingga mereka tidak boleh bersuara,” katanya. - Bernama 

Sumber KLIK DI SINI

SYED ALI TERLALU EMOSIONAL DENGAN KEFAHAMAN CHETEKNYA... BAI'AH IALAH MENGHALANG KEPENTINGAN PERIBADI YANG BERTOPENGKAN PERJUANG KERANA ALLAH...

BANYAK TU PUN PAYAH NAK FAHAM... MACAM MANA NAK FAHAM KALAU PERJUANGAN BANGSA MELEBIHI PERJUANGAN AGAMA... HE HE HE... BERHIJRAHLAH KERANA ALLAH... KALAU BERHIJRAH KERANA SELAIN DARI ALLAH... DAPAT LAH KAMU DENGAN APA YANG DI NIATKAN HIJRAH KERANANYA....

No comments:

Post a Comment