السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
AIR : ‘KHIR TOYO SEOLAH2 BALAS DENDAM PADA UMNO’
Penafian bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo bahawa
beliau tidak terlibat menyerahkan konsesi air negeri Syarikat Bekalan Air
Selangor Sdn Bhd (SYABAS) didakwa seolah2 mahu membalas dendam
kepada Umno.
Setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin mendakwa, ini kerana Umno tidak melindunginya ketika dituduh di mahkamah - layanan yang didakwa berbeza dengan isu Pusat Fidlot Nasional (NFC).
“Khir
kecewa perkara yang sama tidak dilakukan ke atasnya sebagaimana keistimewaan
yang diperolehi Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam isu lembu - NFC,” dakwa
Faekah (kanan).’
Khir kelmarin dilaporkan menafikan menyerahkan pengurusan air kepada SYABAS semasa menjadi menteri besar sebagaimana sangkaan ramai, sebaliknya, menyerahkannya kepada kerajaan pusat bagi mengatasi krisis air Selangor sekitar 1997 dan 1998.
Tambahnya, beliau tidak terlibat kerana Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang memberikan kontrak 30 tahun kepada Puncak Niaga Sdn Bhd yang kemudiannya melantik SYABAS menguruskannya, lapor sebuah portal berita.
Beliau menjelaskan, kerajaan BN Selangor menyerahkan projek bekalan
air kepada kerajaan pusat kerana tidak mampu menguruskannya ekoran krisis air
membuatkan Selangor perlu membina empangan di Kuala Kubu Baru bernilai RM2.4
bilion.
Dalam kenyataannya semalam, Faekah juga berkata, kenyataan Khir itu membuktikan beliau tidak layak dan gagal selaku menteri besar atas sikap menuding jari terhadap orang lain.
“Sebagai bekas pemimpin nombor satu di negeri Selangor, Khir sepatutnya mengambil tanggungjawab penuh atas kegagalan SYABAS menguruskan perkhidmatan pembekalan air dengan baik seperti yang dipersetujui dalam perjanjian bersama,” katanya.
Menurut Faekah lagi, Khir terlupa perjanjian yang ditandatangani pada 2004 antara tiga pihak dan kerajaan negeri turut terlibat bersama kerajaan pusat dan Puncak Niaga.
SUMBER
HE HE HE RAMAI SANGAT DAH MUDAH JADI PELUPA... UMNO BE END TAK BOLEH DI HARAP MENTADBIR DAH... MUDAH SANGAT LUPA....
No comments:
Post a Comment