Pages

Friday, February 10, 2012

HAJI NAJIB “DOUBLE-FACED : MOHD SABU


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ





KUALA LUMPUR, 10 Feb: Tindakan kerajaan Umno menyertai sekatan dagang terhadap Iran sambil menjadi rakan dagang penting Israel adalah identiti sebenar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

“Itulah identiti sebenar Najib dan Umno. Di hadapan rakyat beragama Islam mereka bercakap tentang Islam. Di belakang rakyat beragama Islam, mereka jadi rakan dagang penting Israel.

“Bukan setakat itu sahaja, kerajaan Najib dan Umno juga menjadi pecacai Israel apabila menyertai sekatan dagang terhadap Iran,” katanya.

Bagi Mohamad, apa yang berlaku itu tidak sedikit pun memeranjatkan walaupun mencabar dan mencalar maruah umat Islam di negara ini.

“Selama ini pun, siapakah di hadapan umum bertempik kononnya sebagai pejuang Melayu dan mengapi2kan perkauman tetapi pada masa yang sama menjadi pecacai tauke2 termasuk tauke judi yang menjadi tempat mereka mengemis rasuah.

“Semua orang yang mengikuti perkembangan politik negara ini tahu perkara itu,” kata beliau.

Beliau berkata, selain laporan terbaru mengenai tindakan kerajaan Umno menyekat pembekalan minyak sawit kepada Iran dalam tindakan menyertai sekatan dagang terhadap negara itu, tahun 2010 lalu Malaysia juga dilaporkan menyekat penjualan gas gasolin kepada Republik Islam itu atas titah perintah Amerika Syarikat.

Menurut Mohamad, sikap pro Israel kerajaan Umno telah lama dan berkali2 terserlah antaranya ialah tindakan menamatkan kontrak wakil tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa2 Bersatu (PBB) di Vienna.

Dalam peristiwa yang jelas membuktikan ketaatan kerajaan Umno kepada Amerika Syarikat yang menjadi penaung utama Israel, perkhidmatan wakil tetap tersebut, Datuk Mohamad Arshad Hussain ditamatkan setelah dipanggil balik oleh Kementerian Luar.

Menurut laporan Bernama, beliau dipanggil balik “bagi perbincangan selepas undi Malaysia pada mesyuarat Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) bercanggah dengan prosedur kerajaan”.

Pada mesyuarat itu, Malaysia bersama2 dengan Cuba dan Venezuela, telah mengundi tidak menyokong resolusi menuntut Iran membekukan program penguraian uranium.

Mohamad Arshad juga adalah pengerusi lembaga gabenor IAEA yang dilantik.

“TDM sendiri mengakui pemecatan Mohamad Arshad mempunyai kaitan dengan keengganannya menyokong resolusi menuntut Iran membekukan program nuklear," kata Mohamad (gambar).

Citer seterusnya KLIK DI SINI


No comments:

Post a Comment