Pages

Friday, February 10, 2012

KEMATIAN PATRICK WONG: POLIS MINTA RPK KEMUKA BUKTI

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


KEMATIAN PATRICK WONG: POLIS MINTA RPK KEMUKA BUKTI


Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar meminta penulis blog Raja Petra Kamarudin, yang mendakwa Wong mati di tangan pembunuh upahan dan bukan akibat rompakan, agar mengemukakan bukti bagi membantu siasatan polis.

“Setakat ini siasatan tidak menunjukkan kes (kematian) itu ada kaitan dengan isu pasir di Selangor” katanya ketika mengulas artikel bertajuk “Episode 2: The Murder of a Whistleblower” yang disiarkan Raja Petra menerusi portal Malaysia Today.
    
Khalid berkata sehingga kini, polis telah menahan dan menyoal siasat seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes tiga lelaki bersenjata menceroboh kediaman Wong di Bukit Bandaraya, Bangsar pada 19 Nov 2009 serta menyebabkan Wong terjatuh dari tingkat dua kediamannya.

raja petra Live telecast of the MCLM Forum in London
Menerusi artikel itu, Raja Petra membangkitkan persoalan berhubung kematian Wong, dan mendakwa ahli pernigaaan tersebut mengumpulkan maklumat mengenai skandal perlombongan pasir di Selangor sejak beberapa tahun sebelum kematiannya.
    
Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Persekutuan Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata kes kematian Wong diklasifikasikan sebagai kes bunuh sejak awal lagi.

Citer seterusnya KLIK DI SINI



RPK dah PI (Private Investigator) la plak... hebat....

Kita harap banyak lagi kes2 yang gagal disiasat PDRM dapat dibantunya terutamanya kes2 yang melibatkatkan kehilangan kanak2 yang sehingga kini masih lagi GAGAL ditangani oleh PDRM....

Bekas KPN yang pencen pernah mengatakan ianya sindiket Antarabangsa... Malang sungguhkan negara kita... amat senang di bolosi oleh sindiket antarabangsa membawa lari anak2 kecil yang hilang ke luar negara....

No comments:

Post a Comment