Pages

Saturday, February 25, 2012

PM BUKTIKAN DIA JAHIL PRINSIP PENTADBIRAN YANG BAIK


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ




SHAH ALAM, 25 Feb: Pengakuan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak bahawa beliau tidak menjemput Ketua Negeri Pakatan Rakyat pada Mesyuarat Menteri Besar menunjukkan beliau jahil tentang prinsip pentadbiran yang baik.

Beliau juga mengenepikan semangat federalisme yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata beliau hairan bagaimana PM dengan tanpa rasa bersalah mengakui bahawa mesyuarat tersebut adalah Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Barisan Nasional.

Sedangkan, katanya, mensyuarat tersebut turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

“Selaku penjawat awam, Ketua Setiausaha Negara sepatutnya bertindak secara profesional dan tidak boleh hadir dalam sebuah mesyuarat yang berbentuk kepartian,” kata beliau.

Tan Sri Khalid berkata, tindakan Najib ini seolah2 mahu membina laluan kepada tindakan yang tidak demokraktik kerana tindakan beliau itu umpama memberitahu kepada kakitangan perkhidmatan awam supaya mendiskriminasikan kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

“KSN sepatutnya mempunyai kekuatan untuk memberitahu Perdana Menteri bahawa mesyuarat itu satu diskriminasi dan beliau (KSN) tidak sepatutnya dilibatkan,” katanya.

Menteri Besar turut mempersoalkan pembiayaan mesyuarat berkenaan.

“Siapakah yang membayar untuk mesyuarat tersebut? Kerajaan Pusat atau Barisan Nasional? Jika ianya dibiayai oleh Kerajaan Pusat, mana mungkin Perdana Menteri boleh dengan angkuh mengatakan mesyuarat itu adalah amalan biasa dan tidak melanggar mana2 aturan,” katanya.

PM selaku ketua negara harus menunjukkan teladan yang baik terutama kepada penjawat awam jika beliau benar2 mahu melaksanakan transformasi dalam negara ini, tegas Khalid.

Sumber KLIK DI SINI

Siput babi adalah sejenis binatang yang mempunyai dua nama... ish ish ish... nampak macam bagus... tapi nama ke dua tu yang tak terpakai sekepiang punnnnnn...........

Bengong yang teramat ketara..... he he he



No comments:

Post a Comment