SHAH ALAM - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
berhubung kenyataannya sebelum ini menyentuh konsep Bangsa Johor.
Baginda melahirkan rasa kurang
senang dengan kenyataan Mahathir dan menyifatkan kenyataan itu boleh
memecahbelahkan rakyat.
“Kenyataan itu melambangkan
kejahilan Mahathir terhadap sejarah Johor. Bangsa Johor diasaskan oleh moyang
saya, Sultan Sir Ibrahim pada 1920 untuk menyatukan pelbagai kaum di negeri
Johor di bawah satu bendera.
“Konsep itu ternyata berhasil
kerana tiada mana-mana individu mahupun kaum yang tertinggal. Malah konsep ini
lahir sebelum Tun Mahathir lahir lagi,” titah baginda memetik laporan The Star.
Semalam, Mahathir dilaporkan
berkata mempromosikan semangat kenegerian berbanding kebangsaan hanya akan
memecahbelahkan rakyat Malaysia dan ungkapan ‘Bangsa Johor’ sering dilaungkan
itu menggalakkan rasa bangga diri yang tidak sihat.
Beliau berkata demikian pada
Siri Dialog Perdana ke-20 di Yayasan Kepimpinan Perdana, semalam.
Titah baginda lagi, Dr Mahathir
tidak layak bercakap tentang perpaduan dan beliau sepatutnya faham setiap
negeri perlu ada rasa bangga dengan negeri masing-masing namun ia tidak
bermakna setiap negeri itu mahu keluar dari Persekutuan.
“Dia yang memecahbelahkan
rakyat termasuk Melayu sementara saya menyatukan semua kaum termasuklah
Melayu,” titahnya.
Dalam pada itu baginda menasihatkan bekas perdana
menteri selama 22 tahun itu menutup mulut daripada mengeluarkan kenyataan
seumpama itu.
------------------------------------------
Penyakit jiwa kacau Tun Mahathir semakin menjadi2... sesekali penyakit jiwa kacau menyerang, Tun Mahathir menjadi tersangat 'bodoh'...
Mangsa kebodohan Tun Mahathir... Parti Peribumi Bersatu bertemu tembok lah di negeri Johor... Kesian Tan Sri Muhyidin Yasin kan...
Mangsa kebodohan Tun Mahathir... Parti Peribumi Bersatu bertemu tembok lah di negeri Johor... Kesian Tan Sri Muhyidin Yasin kan...
Itulah cakap tak nak fikir dulu. Ikut rasa nak hentam je demi cari sokongan. Kan dah kantoi tu...
ReplyDelete