Penerangan Undang-Undang Islam Program 'BADUT'?
Program Taklimat dan Dialog Rang Undang2 355 telah diadakan semalam di Bandar Klang. Program itu diadakan diatas semangat perpaduan dan keterbukaan untuk menyampaikan usaha2 yang diambil demi kebaikan negara di Parlimen.
Program Taklimat dan Dialog Rang Undang2 355 telah diadakan semalam di Bandar Klang. Program itu diadakan diatas semangat perpaduan dan keterbukaan untuk menyampaikan usaha2 yang diambil demi kebaikan negara di Parlimen.
Selaras dengan Budaya Politik Matang dan Sejahtera, kami menjemput
semua ADUN/Penyelaras di Parlimen Klang beserta Ahli Parlimen Klang.
Kami terkejut apabila respon daripada ADUN Kota Alam Shah
menyatakan bahawa program kami adalah program Badut. Sebagai seorang pemimpin,
segala usaha engagement berbentuk dialog dan wacana demi perpaduan haruslah
menjadi agenda utama mana2 parti politik.
Jelas sekali, ADUN ini merasakan bahawa usaha dakwah untuk
memperkasakan mahkamah syariah adalah kerja2 lawak dan badut. Sikap
anti-agama ini menjengkelkan dan sikap beliau terhadap usaha engagement adalah
bertentangan dengan norma masyarakat berdemokrasi.
Kami juga telah menjemput UMNO, mereka juga telah menghantar wakil
dan tidak pula mencela dan mencerca!
Yang jelas, datang PRU14, masyarakat Islam harus menolak susuk
tubuh ADUN Kota Alam Shah ini. Sikap biadap terhadap jemputan ini tidak layak
bagi seorang wakil rakyat.
Haram Orang Islam undi Ganabatirao. Ini pendirian saya.
Mohd Prasad Bin Hanif
Yang Dipertua
PAS Kawasan Klang
Malangnya nasib...ada wakil rakyat yg bodoh dn brfikiran jumud.
ReplyDelete