Social Icons

Pages

Thursday, August 4, 2016

Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Pengerusikan Mesyuarat Persidangan Ulamak Islam Sedunia


KONYA – Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang hari ini mempengerusikan satu mesyuarat di Persidangan Lembaga Pemegang Amanah Kesatuan itu di Konya, Turki.


Beliau diberikan kepercayaan untuk menggantikan Presiden, Syeikh Dr Yusof Al-Qardhawi yang tidak dapat turut sama dalam mesyuarat itu; sebagai satu penghormatan buat beliau.

Persidangan yang berlangsung sejak 3 Ogos itu menyaksikan penganjuran beberapa siri seminar akademik serta membahaskan pelbagai isu ummah terutamanya di wilayah umat Islam tertindas seperti Palestin, Kashmir, Iraq dan Syria.

Terdahulu, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah menyampaikan ucapannya dalam satu seminar semalam antara lain menyentuh isu Baitulmaqdis dan peranan ulamak di tampuk pemerintahan.

Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS yang dimuliakan oleh seluruh ulama2 besar sedang diperlekehkan, diperhinakan dan dikutukan oleh kebanyakan JUHALAK demi kepentingan beberapa politikus berfahaman sekular yang berkiblatkan Putrajaya walaupun terpaksa menggadai akidah, iman dan Islam mereka...

No comments:

Post a Comment