“Assalamualaikom…” aku
menjawab panggilan tepon…
“Waalaikumussalam… tuan haji… petang ni kita turun, cikgu tu dah bersetuju nak jumpa…” jawab sahabat aku yang sekian lama menjadi ahli dan penyokong setia PAS …
Pendekan cerita aku dengan sahabat aku turunlah ke suatu tempat yang ditetapkan untuk sessi ngeteh dan dialog…
Sambil bual2 aku selit sikit2 bab2 dunia dan akhirat…
Akhirnya keluarlah buah butiran yang nak dibincangkan…
“Saya dari dulu menyokong PAS, tapi sekarang saya ngundur diri sementara waktu… saya jadi keliru…” kata cikgu tersebut…
“Cikgu
keliru di mana???”, aku mengaju soalan…
“Saya
tengok PAS dah beralih arah?”… katanya…
“Siapa
yang kata tu cikgu?? Atau itu hanya perspektif cikgu jer???” aku tanya dia…
“Sebab tu
Mat Sabu keluar… PAS dah nak gabung dengan UMNO”… sambung cikgu itu lagi…
Aku
ketawa kecil… sahabat aku pun gelak juga…
“Cikgu… bahasa atau zikir UG ni keluar dari mulut mereka yang nak merampas kuasa dalam PAS dari ulama…” aku memulakan penerangan aku…
“Zikir
dimulakan oleh Mat Sabu dan geng 18 yang dikemudiannya tewas dalam pemilihan
Muktamar PAS… Mereka hendak menjadikan PAS sebagai anjing pemburu kepada DAP
dan PKR…”
“Kalau kita berfikiran waras… kita dapat melihat dengan jelas kenapa DAP dan PKR bersungguh2 nak menjatuhkan TGHH dari Presiden PAS sedangkan dimasa yang sama Kesatuan Ulama Sedunia melantik beliau sebagai Naib Ketua Dewan Ulama Sedunia sebulat suara… Kita yang rabun atau Ahli Kesatuan Ulama Sedunia yang rabun”… aku teruskan penerangan aku…
“Tapi PAS
kan nak UG dengan UMNO”… kata cikgu mencelah…
“Siapa
yang kata nak UG ni cikgu???”, aku menyoalnya balik…
“Mat
Sabu, surat kabar dok sebut selalu”, katanya lagi…
“Cikgu…
UG tu nama pendeknya… Nama panjangnya ‘Unity Government’… idea ni dikeluarkan
oleh TGHH selaku Presiden PAS dalam mesyuarat Majlis Presiden PR (Pakatan
Rakyat) pada tahun 2007 lagi… UG adalah gabungan Kerajaan campuran tanpa
pembangkang… bukan PAS sahaja… PKR & DAP juga akan berada dalam kerajaan…
Bila Pak Lah mengkhianati perjanjian tidak mengumumkan pertemuan, PKR dan DAP
serta balaci mereka dalam PAS memfitnah PAS kononnya UG…”
“Apa yang
kita lihat sebenarnya ialah kesempatan kepada PKR & DAP ialah sikap mereka
yang tidak mahu mereka dipimpin oleh PAS… Mereka mahu DSAI yang memimpin…
apatah lagi PAS terang2 tidak bersetuju dengan pendekatan DSAI yang
berusaha mendapatkan MP BN untuk mengambil alih kerajaan dengan cara yang Islam
tak suka… so dimana kah yang dikatakan PAS lari dari track Islam???”
“Apa bezanya dengan KN – Konsesus Nasional yang DSAI & PKR nak buat??? Ubah namanya jer, tapi jalan ceritanya sama jer… tidak melibatkan PAS secara keseluruhannya… Just to say that DSAI Berjaya menguasai DAP dan PAS bila Timbalan Presiden PAS, K/Pemuda PAS dan geng 18 menjadi ejen DSAI di dalam PAS.”
“Allah
swt lebih mengetahui dan maha perencanaan… KN yang DSAI rancangkan telah dipintas
lebih awal dan DSAI terpaksa merengkok dalam penjara… Geng 18 yang tewas dalam
pemilihan cabut keluar dan mencari Parti Cangkul untuk dijadikan flatform
mereka atas nama PAN – Parti Amanah Negara… Chegu fikirlah… amanahkah mereka,
menjadi MP PAS keluar tidak menyerahkan kembali mandate yang mereka menang atas
tiket PAS??? Tak kiralah masa tu di bawah PR atau tak… pokoknya mereka telah
mengkhianati PAS hanya sebab tak ikut kehendak DAP dan kecewa mengambil alih
jawatan Presiden PAS???”
“Sekarang
DAP pula bercita2 nak UG dengan UMNO BN… kenapa mereka tak bising dan zikir UG
UG UG??? PAN kata akan lawan UMNO, tapi siang malam dok attack PAS…”
“PAS
menyerang PAN sebab mereka perlu di pupuskan, ini lebih baik dari PAS menyimpan banyak musuh…
Sekarang PAS telah bersih hampir 100% dari gangguan dalaman jenis Abdullah bin
Ubai… Cikgu nak tau tak… diantara syarat2 kiamat sedang menghampiri ialah
apabila ada umat Islam memaki hamun ulama mereka sendiri… tentera2
kecil dajal sedang berleluasa sekarang… mereka meletakan politik lebih tinggi
dari aqidah Islam…”
“Masya
Allah… saya tertipu dengan pandangan sendiri… terima kasih tuan haji… saya amat
bersyukur kerana tuan haji sudi turun berjumpa dengan saya… semuga Allah
membantu PAS mencapai kemenangan hakiki” katanya dengan suara yang sayu…
Cakap sebelah pihak boleh la mai berdepan dgn AMANAH kita debat
ReplyDeleteDah tonton dan dengar video Khalid Samat tuuu... PAN tu adalah PANKHIANAT... tersentap la plak barua DAP ni... kikiki
ReplyDeleteBetul...Pan hanya parti pengacau dlm politik.
ReplyDelete