*PERUTUSAN
PRESIDEN PAS SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 2016*
Dengan
Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Firman
Allah SWT:
“Dan
Kami tidak mengutus kamu (wahai Muhammad), melainkan kepada umat manusia
seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan,
tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui” - Surah Saba’: ayat 28
Alhamdulillah,
marilah kita panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT atas nikmat kemerdekaan yang
kita kecapi untuk tahun ke 59 pada tahun ini. Sambutan kemerdekaan kali ini
disambut dengan pelbagai rencah warna suka duka yang melanda negara kita dan
dunia keseluruhannya.
Negara
kita telah melalui tempoh penjajahan yang panjang selama hampir 450 tahun
dibawah pelbagai kuasa penjajah sehingga terbentuknya Malaysia pada 1963.
Sepanjang tempoh ini telah menyaksikan kebangkitan pelbagai golongan rakyat
menentang penjajah terutamanya ulamak.
Perjuangan tokoh-tokoh ulamak hebat
mewarnai perjuangan seperti Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong, Syed Sheikh
Al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin, Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ustaz Abu Bakar
Al-Bakir, Dr Zulkifli Mohamad dan ramai lagi. Marilah kita bugarkan kembali semangat
perjuangan mereka untuk mengisi kemerdekaan negara dengan acuan Islam yang
menyelamatkan.
59
tahun adalah satu tempoh kemerdekaan yang panjang dan cukup untuk membangunkan
sebuah negara yang maju dan disegani. Namun realitinya hari ini, negara dihambat
dengan pelbagai masalah yang mencengkam rakyat seperti kos sara hidup yang
membebankan, ekonomi yang lemah, keselamatan, perpaduan kaum yang semakin rapuh
dan berbagai masalah lain. Maka di kesempatan ini PAS ingin menawarkan
penyelesaian Islam yang telah terbukti memberikan keadilan dan keamanan kepada
semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama di sepanjang sejarah Tamadun Islam
yang memerintah sebahagian besar dunia selama ribuan tahun.
Sempena
sambutan kemerdekaan negara kali ini, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia
untuk bersama PAS dan keadilan Islam di atas semangat ukhuwwah ke arah membina
Malaysia yang lebih baik dengan petunjuk dari Allah Tuhan sekalian alam.
*“Inilah
Penyelesaian Kita”*
*ABDUL
HADI AWANG*
*PRESIDEN
PAS*
_27
Zulkaedah 1437H / 30 Ogos 2016M_
No comments:
Post a Comment