Pages

Wednesday, August 24, 2016

PDRM Sepatutnya Menggunakan Akta Hasutan Ke Atas Lim Kit Siang...



Lapuran Polis terhadap tindakan Persatuan Hokkien Malaysia.

1. Merujuk kpd usaha PERSATUAN HOKKIEN MALAYSIA mendapatkan SEJUTA tandatangan untuk BANTAH PINDAAN RUU 355, ia telah disifatkan sebagai satu campurtangan yang melampau dan melanggar sempadan kebebasan mengamalkan aktiviti beragama yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia serta Agama Islam sebagai Agama Persekutuan serta semangat RAJA BERPERLEMBAGAAN.

2. Justeru itu kami dari PERTUBUHAN PENDOKONG DAN PECINTA ULAMAK (GU) @ Geng Ustaz membuat lapuran polis terhadap tindakan Persatuan Hokikien Malaysia yang boleh mengundang suasana tegang antara Agama kerana menghasut tanpa melalui proses yang sihat seperti yang sedang berlangsung di Parlimen Malaysia.

3. Kebimbangan kami ada asasnya, betapa kiranya berlaku tindakbalas dari orang awam dari kalangan umat Islam yang merupakan majoriti di negara ini, tentu sahaja boleh mengundang suasana tegang yang mengakibatkan ketenteraman negara terganggu.

4. Oleh itu kami (GU) ingin meminta pihak polis menyiasat langkah Persatuan Hokkien tersebut dibawah Akta Hasutan dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mereka kerana tindakan yang mereka ambil boleh disifatkan ingin menghasut masyarakat bukan Islam untuk menentang dan menghalang orang Islam daripada beramal dengan agamanya.

Sekian lapuran kami.

Ustaz Norazli bin Musa

Presiden Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulamak (GU) @ Geng Ustaz.
-----------------------------------------------------

Apakah Islam tidak dilindungi oleh perlembagaan negara???

Apakah hak Lim Kit Siang & DAP mencampuri urusan Islam???

Apakah kerana UMNO BN, PKR, PAN & Bersatu membenci undang2 Islam, membuatkan DAP berleluasa menghasut dan menimbulkan kebencian terhadap Islam???

1 comment:

  1. Tindakan tidak sihat oleh dap. Kalau cara ini dibolehkan, tidak mustahil akan datang orang Melayu pula akan mendapatkan tandatangan minta supaya hanya agama majoriti yang dibolehkan buat rumah ibadat. Sudah tentu berjuta juta yang akan tandatangan sebab cetusan mencampuri agama lain telah diperkenankan...nenek moyang mereka kalau tahu ini perbuatan cucu cicit mereka pada hari ini pasti kecewa. Ini kerana tujuan mereka datang daripada China adalah untuk menumpang kehidupan bagi mencari rezeki bukan untuk mencampuri urusan agama masyarakat peribumi. Kalau itu yang mereka lakukan sewaktu sampai ditanah Melayu dulu, sudah tentu cucu cicit yang berjiwa 'besar' ini tidak wujud hari ini...

    ReplyDelete