Pages

Thursday, August 18, 2016

Panglima Amanah Yang Tidak Amanah...



MANA SIFAT AMANAH TIMBALAN PAN KELANTAN

Meneliti posting Che Ibrahim Mohammed dalam media maya yang mempertikaikan kedudukan Datin Sabariah isteri kpd Arwah TGNA dalam PAS, Che Him dilihat amat *Tidak Amanah Lagi Tidak Bertanggung Jawab*

Che Him sebagai orang yang 'Arif Tentang Agama' seharusnya berusaha memimpin laskar bawahan untuk memberi penjelasan, membangkitkan rasa tanggung jawab serta rasa 'amanah' dikalangan laskar.. namun Che Him dilihat telah merendahkan taraf dirinya pada kelas laskar bawahan apabila gagal mengawal sifat GOPOH dan tidak berhati².

Jika satu sahaja posting bolehlah di terima khilafnya, sebaliknya lebih 3 komennya di kesan. Begitulah apabila menentang arus, ALLAH swt meletakkan kehinaan kepadanya.

Che Him, elakkan diri anda dilihat seperti keldai tunggangan PAN & DAP. Sila teliti kedudukan Datin Sabariah sebagai muslimat dan aktivis PAS:

1. Muslimat PAS Pengkalan Chepa sejak 90an
2. Exco Muslimat PAS Kelantan
3. AJK Muslimat PAS Kawasan PAS Pengkalan Chepa
4. AJK Muslimat DUN Chempaka.

Dengan berdasarkan kedudukan beliau yang merupakan AJK, EXCO & AHLI PAS, bagaimanakah boleh timbul dakwaan songsang Panglima PAN ini terhadap Datin Sabariah?

Layakkah kata² seumpama di bawah ini dikeluarkan oleh individu berkedudukan panglima dalam PAN?

"Cari la wanita² atau muslimat yg telah bertungkus lumus untuk Pas nak buat contoh pun, Datin Sabariah tidak pernah jatuh setitik peluh untuk Pas, bakpo nak heret dia dalam kemelut Pas?"

Untuk peringatan Che Him :

1. Datin Sabariah merupakan kekasih hidup aTGNA yang bersama² susah & senang dgn aTGNA? 
2. Siapa yang menjaga aTGNA? 
3. Siapa yang sentiasa menjadi pendamping kepada aTGNA di saat aTGNA kepenatan, kelelahan dalam berjuang untuk PAS jika bukan Datin Sabariah yg merupakan teman setia kepada aTGNA?


Justeru itu, jika masih merasai sebagai seorang  mukmin, sebaiknya Che Him MEMOHON MAAF atas sikap gelojoh tersebut.

Coretan Che Him hanya mengompomkan yang PAN adalah pemFITNAH TEGAR...

Kejayaan PAN Hanya Satu Jer

2 comments:

  1. Sudah jelas golongan jenis Pan trdiri drpd yg tabur fitnah, tak berfakta, emosional dn menutup kebenaran dgn kebatilan.

    ReplyDelete
  2. saya orang teluk intan perak...di sini pan dah nak mati pun....dan kawasan lain banyak begitu.tentera semut boleh terus bongkar apa juga fitnah pan dalam keadaan tersenyum sebab hayat pan mmg dah tak lama insyaallah.....

    ReplyDelete