Pages

Thursday, November 24, 2011

AIR MATA BUAYA MENGALIR DI KEDAH


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



AIR MATA BUAYA MENGALIR DI KEDAH

MUHYIDDIN MINTA RAKYAT KEDAH 
TAK ULANGI KESILAPAN

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat Kedah tidak mengulangi kesilapan sekali lagi dengan memilih calon bukan BN pada pilihan raya umum akan datang sekiranya mahu melihat lebih banyak pembangunan berlaku di negeri ini.


Ketika menyampaikan ucapan ringkas selepas bersarapan pagi bersama orang ramai di Pekan Sungai Lalang Lama di Sungai Petani, beliau berharap rakyat dapat membuat pertimbangan sebaik-baiknya untuk memilih parti yang akan memerintah Kedah kelak.

"...yang penting kerajaan pusat akan terus bantu rakyat Kedah hidup lebih selesa namun rakyat mempunyai pilihan untuk memilih meminta bantuan daripada Perdana Menteri atau Menteri Besar," kata Timbalan Perdana Menteri.
Terdahulu, ketibaan Muhyiddin di pekan itu dengan menaiki bas ekspres dari Butterworth kira-kira pukul 8.50 pagi disambut pemimpin dan anggota parti komponen BN daripada MCA, MIC, PPP dan Gerakan.



Sejurus turun, Timbalan Perdana Menteri memasuki restoran Yi Ding Xian untuk beramah mesra dengan pengunjung dan kemudian memasuki setiap buah kedai yang membuka perniagaan termasuk meninjau dan bertemu orang ramai yang membeli di Pasar Pekan Sungai Lalang Lama.









Muhyiddin munkin terlupa bahawa semasa dia jadi Menteri Asas Tani lah,  telah meluluskan RM250 Juta kepada Keluarga Shahrizat UNTUK PROJEK LEMBU ZAT DI KONDO... 


PENGGAL LALU UMNO / BE END KEDAH MENINGGALKAN RM2 BILLION HUTANG UNTUK KERAJAAN PAS / PR KEDAH TANGGUNG.... HE HE HE

TAK SERIK-SERIK LAGI KE NGAN UMNO BE END NI ????????????





Cerita Selanjutnya Di Sini

4 comments:

  1. kondojat n lembujat produk kanda muhiden zaman menteri tani asa

    ReplyDelete
  2. Sedihnya.
    Bila islam sekadar mengamalkan adu-domba.

    ReplyDelete
  3. tak abis2 adu domba kang nasir ni

    ReplyDelete
  4. Kang Nasir ni kata Islam untuk diamalkan...

    Pernahkah Kang Nasir beritau Muhyidin yang Shahrizat tak AMANAH...

    Muhyidin sendiri pun tak amanah....
    Semua UMNO tu TAK AMANAH.....

    Surah An-Nisaa : 58

    إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوْا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا

    “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat”. An-Nisaa' (4): 58]

    Ingatlah penegasan wahyu Allah swt kepada kita semua melalui Surah Al-Ahzab ayat ke 36 :

    وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا
    أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُّبِينًا

    "dan tidaklah layak bagi orang yang beriman samada lelaki atau perempuan, apabila telah ditetapkan oleh Allah swt dan RasulNya akan sesuatu perkara, bahawa ia membuat pilihan yang lain selain dari apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang mengingkari Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan suatu kesesatan yang nyata."

    ReplyDelete