Pages

Monday, November 7, 2011

BENARKAH LIM GUAN ENG ANTI MELAYU

  السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



TERENGGANU AGROTECH DEVELOPMENT CORP. SDN. BHD. (TADC)


KUALA TERENGGANU - Ketika umat Islam di seluruh dunia menyambut Hari Raya Korban, 22 daripada 70 kakitangan anak syarikat kerajaan negeri, Terengganu Agrotech Development Corp. Sdn. Bhd. (TADC) tidak menyangka mereka turut menjadi 'korban' apabila diberhentikan kerja berkuat kuasa esok.


Alasan yang diberi pihak syarikat untuk membuang seorang pengurus, enam eksekutif dan selebihnya kakitangan kontrak itu ialah kerana syarikat mengalami kerugian dan melakukan penstrukturan semula

Terengganu Agrotech Development Corp. Sdn. Bhd. (TADC) adalah subsidiari milik penuh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT). Syarikat yang ditubuhkan sebagai syarikat sendirian berhad di Malaysia pada 31 Mei 1972 dan pada asalnya dikenali sebagai Terengganu Garam Sdn. Bhd. Kegiatan utama syarikat adalah menjalankan perniagaan dalam aktiviti pengeluaran garam dan telah menamatkan operasinya sejak September 1976. Syarikat telah ditukar nama kepada Terengganu Agrotech Development Corp. Sdn. Bhd. pada bulan Februari 2006. Kegiatan utama adalah menguruskan dan melaksanakan program berasaskan pertanian, pemasaran hasil dan barangan pertanian serta aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengannya.

No comments:

Post a Comment