Pages

Sunday, November 20, 2011

SEKUMPULAN LELAKI DITAHAN ISA DI SABAH


  السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ




SEKUMPULAN LELAKI DITAHAN ISA DI SABAH


NONE

Walaupun perdana menteri mengumumkan akan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), akta itu terus digunakan terhadap sekumpulan lelaki di Sabah kerana didakwa terbabit dengan kegiatan militan.

Bagaimanapun, memetik sumber, laporan akhbar tidak sepakat sama ada 10 atau sebelas orang ditahan bawah akta kontroversi itu.

Difahamkan, penahanan kumpulan terbabit dilakukan pasukan petugas khas (operasi/ antipengganas) Bukit Aman hasil maklumat risikan, lapor Berita Hariandan The New Straits Times.

Sumber memaklumkan, antara yang ditahan antara Isnin hingga semalam, terdapat juga warga Filipina dan Indonesia.

"Semua mereka ditahan mengikut ISA yang masih terpakai kerana akta berkenaan belum dimansuhkan bagi membantu siasatan," sumber dipetik sebagai berkata.

Penahanan itu dilapor ekoran maklumat bahawa militan menggunakan Tawau sebagai tempat transit senjata daripada Filipina dan mereka dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan Abu Omar - juga dikenali kumpulan Kaltin - yang beroperasi dari Kalimantan.


Sumber : KLIK DI SINI...

Dah jadi macam biskut je... kejap di mansuhkan.... kejap digunakan..... berhati-hati kepada UmNo Sabah.... jangan melenting sangat.... nanti terhinggap ISA plak.....  he he he

No comments:

Post a Comment