Pages

Thursday, November 17, 2011

KEMENTERIAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ




MENTERINYA : DATO’ SERI SHAHRIZAT ABDUL JALIL @ KETUA WANITA UMNO

Laporan Ketua Audit Negara 2010 :

Pengurusan peralatan perubatan dan bekalan kontraseptif :

1.  Sebanyak 5 unit mesin autoclave bernilai RM65,000 untuk klinik LPKN Dungun, Ampang, Klang, Bentung dan Pusat Perubatan Universiti Malaya tidak dipasang dalam tempoh yang ditetapkan menyebabkan ia tidak dapat digunakan dan telah luput tempoh jaminan.

2.  Sebanyak 6 mesin autoclave bernilai RM78,000 yang telah dibekalkan pada tahun 2007 dan 2008 di klinik LPPKN Tanjung Malim, Bidor, Kampar, Taiping, Mentakab dan Kuala Terengganu telah digunakan sebelum mendapat sijil pentauliahan.

3.  Sebanyak 31 jenis peralatan perubatan tidak digunakan diklinik LPPKN Kampar, Sri Manjung, Kuala Terengganu dan Klang kerana klinik telah dibekalkan dengan peralatan baru walaupun peralatan lama masih boleh digunakan. Ini menyebabkan peralatan dibekalkan melebihi keperluan.

4. Pengagihan kontraseptif tidak mengikut keperluan klinik LPPKN menyebabkan stok berjumlah RM192,574 telah tamat tarikh luput dan dilupuskan pada tahun 2009 hingga 2010 melibatkan LPPKN Negeri Selangor, Terengganu, Pulau Pinang, Kedah, Johor, Melaka, Perlis, Kelantan, Sabah dan Sarawak.

5. Peralatan perubatan dari tahun 1981 hingga 2004 yang berjumlah RM300,133 di Bahagian Reproduksi manusia masih belum diambil tindakan pelupusan walaupun kelulusan pelupusan telahpun diperolehi sebanyak 2 kali iaitu pada bulan Mac dan Ogos 2010.





Klik disini untuk melihat Album Audit Negara & Skandal Negara

No comments:

Post a Comment