Pages

Wednesday, November 23, 2011

UMNO HAMPIR GHELAI - TPM


  السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


UMNO HAMPIR GHELAI - TPM
TAK ADA PELAPIS UMNO.... ISH... SUSUT NILAI


KAJANG, 21 Nov — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju dengan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Umno masih berhadapan dengan masalah dalaman tetapi memberi jaminan perkara itu sedang ditangani.
“Kita semua tahu bahawa selepas Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Razak mengambil alih (kepimpinan) daripada (Tun) Abdullah Ahmad Badawi, masih ada masalah seperti pertengkaran dalaman,” kata Muhyiddin (gambar) kepada pemberita pada sidang media di sini.
“Bagaimanapun, untuk mengatakan bahawa parti tidak bertindak bagi mengatasi masalah adalah tidak benar. Tetapi, saya percaya itu tidak cukup. Lebih banyak perlu dilakukan,” katanya lagi sambil berkata bekas perdana menteri itu masih mengambil berat tentang parti dan mahu melihat ia kekal relevan dan menerajui kerajaan.

Malah Muhyiddin dan Najib sendiri telah berulang kali menasihatkan ahli-ahli Umno supaya mengelakkan masalah dalaman untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Semalam, Dr Mahathir antara lain mendakwa Umno selaku parti teras perikatan itu berhadapan dengan masalah mendapatkan pemimpin terbaik.
Bekas perdana menteri itu berkata, Umno diselubungi masalah mencari pemimpin — pendirian yang mengesahkan pandangan banyak pihak selama ini.
Katanya, tanggapan kebanyakan rakyat ialah Umno dipimpin oleh orang yang korup dan “kita dapati orang yang ada kelayakan tidak dibenarkan masuk dan pegang jawatan.” “Ini adalah perkara yang benar, malah kita hendak cari pemimpin dalam Umno sekarang pun susah.
“Di Selangor begitu ramai orang Melayu tapi hendak cari pemimpin cukup susah, boleh tak kita bayangkan tentang hal ini,” kata beliau sambil menambah, “kita sebenarnya yang merosakkan parti kita kerana melayan orang semacam ini.” Selangor merupakan salah satu negeri dikuasai Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum lalu.

Menjawab soalan sama ada Umno masih ada harapan, Dr Mahathir yang bersara pada Oktober 2003 selepas 22 tahun memimpin Umno dan kerajaan berkata, “saya harap kita boleh menang tapi kalau kita tidak jaga, mungkin kemenangan itu kecil sahaja.”




Kelik Di Sini Cerita Selanjutnya 

No comments:

Post a Comment