Pages

Tuesday, November 22, 2011

22 AHLI KWSP DIDENDA TIPU PENGELUARAN.. TIPU PINJAMAN NFC TU MACAM MANA PULA?

  السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

22 AHLI KWSP DIDENDA TIPU PENGELUARAN..

TIPU PINJAMAN NFC TU MACAM MANA PULA?


Berita dari Lidah Rasmi UMNO ini melaporkan seramai 22 ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) didapati bersalah dan didenda sepanjang Julai hingga September lepas kerana terlibat dengan penipuan pengeluaran.



Salah seorang daripada mereka telah dijatuhi hukuman penjara, manakala 16 lagi berkemungkinan dipenjarakan sehingga enam bulan sekiranya mereka gagal membayar denda tersebut.



Itu adalah petikan berita tentang 22 Ahli KWSP yang telah didenda oleh Mahkamah kerana menipu pengeluaran.



Menipu di sini membawa maksud membuat pengeluaran kononnya untuk membiayai perkara yang berkaitan dengan perumahan tetapi menggunakannya untuk tujuan lain.

Biarpun wang yang dikeluarkan itu adalah wang simpanan mereka sendiri, perkara yang telah dilakukan oleh mereka adalah salah kerana tujuan ditubuhkan KWSP adalah sebagai tabungan untuk hari tua para pekerja.

Dalam isu Scandal ‘Feed The Lord’ pula kita menyaksikan sebanyak RM250 Juta dana dari wang milik rakyat telah disalurkan sebagai ‘Soft Loan’ kepada National Feedlot Corporation (NFC), Syarikat milik Suami dan Anak Shahrizat yang dianugerahkan melalui tender terbuka tapi terhad (Noh Omar kata).

Tujuan dana tersebut disalurkan ialah untuk untuk mengusahakan industri lembu pedaging di Gemas, Negeri Sembilan, untuk membangunkan projek tersebut bagi menampung keperluan daging negara kepada tahap sara diri sebanyak 38 peratus.

Namun begitu hingga ke hari ini kita telah melihat dana untuk tujuan menternak lembu tersebut telah diguna ikut suka mereka seolah-olah wang RM250 Juta itu milik Mak Bapak mereka yang punya.
Mereka telah dilaporkan menggunakannya untuk makan angin, mengerjakan umrah, membayar elaun kepada pihak yang tidak terlibat dengan projek ini  dan yang paling menarik menggunakan wang milik rakyat itu untuk melabur membeli Kondominium berharga RM9.8 Juta untuk pelaburan kononnya.. (Suami dia kata RM13.8  he he he)

Kenapa pihak yang menyalahgunakan wang sendiri didenda oleh Mahkamah tetapi hingga kini pihak yang menyalahguna pinjaman untuk tujuan memelihara lembu hingga sekarang tidak disentuh oleh pihak berkuasa?

Jawapannya mudah.. 22 ahli atau pencarum KWSP itu adalah rakyat biasa tetapi seorang lagi yang telah menyalahguna pinjaman RM250 Juta wang rakyat itu isterinya adalah pemimpin LEMBUMNO… 





No comments:

Post a Comment