Pages

Wednesday, November 23, 2011

JANGAN TUTUP KES PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI BATANG KALI


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


JANGAN TUTUP KES PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI BATANG KALI


Pembunuhan beramai-ramai di Batang Kali pada tahun 1948 cuba ditutup oleh kerajaan Malaysia yang bersekongkong dengan Kerajaan British.

Empat keluarga yang terlibat dalam tragedi itu sudah membawa kes itu ke mahkamah dan menuntut siasatan awam dilakukan.




Berikanlah keadilan kepada ahli keluarga mangsa kezaliman dan kekejaman ini. Kata Senator Dr. Syed Husin Ali.

P
ada 10 April lalu, The Guardian melaporkan, kerajaan British menekan kerajaan Malaysia untuk menghentikan siasatan polis pada tahun 1993 mengenai pembunuhan 24 pekebun getah di Batang Kali, Hulu Selangor.

M
engikut akhbar United Kingdom (UK) itu, polis bekerjasama dengan Interpol merancang untuk menyoal siasat askar yang terlibat tetapi di halang oleh Kementerian Luar UK.



Malahan petisyen kepada Ratu Elezebeth pada 2 Disember tahun lalu juga ditolak walaupun Persuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Simon Featherstone menyatakan kerajaannya mengambil perhatian kes ini.

S
ebelum ini, Low Ah Choi, Lim Kok, Chong Nyok Keyu dan Wooi Kum Thai mendakwa menyaksikan pembunuhan ahli keluarga mereka dan mahu kerajaan British memohon maaf dan melakukan inkuiri awam.

Syed Husin berkata, kerajaan Malaysia pernah menutup siasatan pada tahun 1970 apabila Metropolitan Polis dari London menghantar Ketua Penyiasat, Frank Williams.

S
iasatan itu ditamatkan kerajaan Konservatif yang baru mengambil alih kuasa, tidak mahu sejarah hitam British ini didedahkan.

Tragedi itu disebut Mai Lai British. Mai Lai merujuk kepada kekejaman sama yang dilakukan tentera Amerika di Vietnam, katanya. Seorang penulis British menerbitan buku
Slaughter and Deception In Batang Kali.




Entah la... Munkin serupa dengan kes Memali yang tak bicara sampai sekarang  









No comments:

Post a Comment