“Demi
untuk membantu rakyat, Perdana Menteri dilaporkan telah memotong gajinya
sebanyak 30% dan menjual sebuah jet dengan harga USD15 juta serta puluhan buah
kereta2 mewah yang digunakan oleh Menteri Kabinet.
Tapi
jangan haraplah Perdana Menteri yang dilaporkan itu adalah Perdana Menteri
Malaysia, beliau adalah Perdana Menteri Malawi.”
Perdana
Menteri Jual Pesawat Untuk Beri Rakyat Makan
Kerajaan Malawi menjual pesawat presiden untuk
memberi makan lebih dari 1 juta rakyatnya yang kelaparan.
Dana yang diperoleh daripada jualan pesawat itu sebesar USD15 juta. Bahkan puluhan kereta mewah para menteri juga terpaksa dijual untuk menyokong program ini.
Presiden Joyce Kota menjadikan jualan pesawat tersebut sebagai prioriti pemerintahannya.
“Dana USD15 juta yang kami dapat dari penjualan jet presiden akan digunakan untuk membeli jagung tempatan untuk membantu memberi makan rakyat yang menderita, dan sebahagian lagi digunakan untuk pengeluaran kacang," kata juru cakap Kementerian Kewangan Malawi Nations Msowoya seperti dilaporkan oleh The Nation, Jumaat (6/9/2013).
Jualan pesawat kepada syarikat Virgin Islands, Bohnox Enterprise itu telah diumumkan Mei lalu. Jet mewah itu dapat mengeringkan perbendaharaan negara.
Sebabnya, kos penyelenggaraan dan insurannya mencapai USD300 ribu setahun.
Kerajaan Malawi pernah membuat negara2 bantuan barat berang kerana ketika presiden terdahulu, mendiang Bingu Wan Mutharika telah membeli 14 pesawat penumpang Dassault Falcon 900EX pada tahun 2009 yang menyumbang 40 peratus daripada bajet.
England, penderma bilateral utama Malawi mengkritik pembelian pesawat tersebut. England bahkan mengurangkan bantuan untuk pemerintahan Mutharika hingga 3 juta pounds.
Keadaan ini menimbulkan goncangan ekonomi di tengah kelaparan yang melanda negeri itu.
Namun Kota yang menggantikan Mutharika yang
meninggal akibat serangan jantung pada April 2012, mendapat pujian penderma
Barat atas langkah2 penjimatan yang dilakukannya.
Wanita
itu bahkan telah menurunkan gajinya sebanyak 30 peratus dan berjanji akan
menjual 35 kereta negara Mercedes Benz yang digunakan para menteri kabinet.
~detik news
Itu
Perdana Menteri negara lain.. walaupun negaranya miskin beliau sanggup menjual
aset milik negara yang digunakan oleh kroni2nya demi untuk membantu
rakyatnya..
Tapi
dinegara kita pula, Perdana Menteri hanya menyusahkan rakyat demi kesenangan
kroninya.. contohnya subsidi untuk IPP itu...
Subsidi
minyak kononnya terpaksa dikurangkan tapi subsidi IPP langsung tak berani
disentuhnya..
Sikit info
untuk dikongsi bersama tentang subsidi kepada IPP ini..
Setiap
tahun, anggaran jumlah penggunaan petrol dan diesel adalah sebanyak 10 bilion
liter (petrol) dan 6.5 bilion liter (diesel) .
Pada
kadar subsidi sebanyak 83 sen bagi seliter petrol dan RM1 bagi seliter diesel,
jumlah subsidi petrol dan diesel adalah sebanyak RM14.8 bilion setiap tahun,
iaitu hanya 59% dari jumlah subsidi bahan api yang dibelanjakan kerajaan.
Sejumlah
RM10 bilion subsidi (atau 41% peratus) setiap tahun adalah subsidi gas dan LPG
yang ditanggung oleh kerajaan.
Ini
tidak termasuk anggaran subsidi gas kepada penjana bebas (IPP) sebanyak sekitar
RM8 bilion setiap tahun.
Ini
bermakna, subsidi korporat yang diberikan melalui subsidi gas kepada industri
dan penjana bebas (dianggarkan sekitar RM13 bilion setiap tahun) adalah hampir
sama dengan subsidi petrol dan diesel yang diberikan kepada rakyat.
Sebenarnya
menurut seorang Pembantu Menteri, Najib naikkan harga minyak sebab nak bantu
orang-orang miskin... baca laporannya di ( SINI )
Jangan sampai ada maC41 kata pindah pi duduk sana la plak... hehehe
Jangan sampai ada maC41 kata pindah pi duduk sana la plak... hehehe
No comments:
Post a Comment