Pages

Friday, September 20, 2013

MCA: SUSPEK PENGGANAS DIKEBUMI DI SINI, KENAPA CHIN PENG TAK BOLEH?


Menjelang upacara pembakaran mayat Chin Peng, MCA mempersoalkan sikap dwi-standard kerajaan berhubung dengan pengebumian dua pengganas Muslim di sini.

Ketua publisiti parti itu, Datuk Heng Sia Kee berkata kerajaan tidak sepatutnya dilihat bersifat perkauman dan hendaklah membenarkan abu bekas pemimpin Komunis itu dibawa pulang ke negara ini.

Beliau merujuk kepada Azahari Husin dan Nordin Mohamad Top, kedua2nya dikehendaki kerajaan Indonesia berkaitan pengeboman Bali pada 2002 dan 2005, serangan ke atas hotel JW Marriott di Jakarta pada 2003, dan di kedutaan Australia pada 2004.


Katanya, Kerajaan BN tidak perlukan lagi sebarang publisiti buruk dengan dilihat membuat keputusan berdasarkan perkauman.


Tambahan pula, kata Heng, Azahari dan Nordin boleh dianggap penjahat terburuk kerana kemusnahan yang mereka lakukan itu telah mengorban nyawa orang yang tidak berdosa.


Azahari dan Nordin – kedua2 rakan di  Universiti Teknologi Malaysia (UTM ) di Johor sebelum didakwa menyertai Jemaah Islamiah (JI ), sebuah rangkaian pengganas yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda.

Azahari ditembak mati di Indonesia pada November 2005. Manakala Nordin pula pada satu ketika merupakan anggota militan Islam yang paling dikehendaki Indonesia dan dikatakan pembuat bom utama JI. Dia dibunuh pada tahun 2009.

“Jika mayat suspek pengganas seperti Dr Azahari Husin dan Nordin Mohamad Top, kedua2 dikehendaki kerajaan Indonesia kerana mereka dipercayai bertanggungjawab terhadap pengeboman Bali pada 2002 dan 2005, serangan ke atas Hotel JW Marriott di Jakarta pada 2003, dan kedutaan Australia pada 2004, masing2 dibenar dikebumikan di Jasin dan Pontian, maka abu Chin Peng juga sepatutnya dibenarkan dibawa pulang,” kata Heng, sambil menambah bahawa ini tiada bezanya dengan Indonesia yang melancarkan perjuangan bersenjata menentang penjajahan Belanda.


Sehubungan itu, katanya, MCA merayu supaya abu Chin Peng, anak kelahiran Setiawan itu, dibenarkan dibawa pulang.

“Atas peri kemanusiaan, kita perlu menghormati permintaan terakhirnya, lagipun, apa bahaya yang boleh disebabkan oleh abunya terhadap negara ini?” soalnya.

Heng juga menegaskan bahawa bekas pemimpin PKM seperti Syed Hamid Ali dan Shamsiah Fakeh juga telah dibenarkan pulang dan tinggal di Malaysia seperti yang dipersetujui dalam perjanjian damai Haadyai.

                                        
Dilahirkan sebagai Ong Boon Hua pada 1924, Chin Peng telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 6.20 pagi Isnin lalu di Bangkok dan mayatnya dijadualkan dibakar hari ini di sebuah kuil di Bangkok.


Antara lain, pemimpin kerajaan berhujah bahawa Chin Peng tidak menerima tawaran mendapatkan kerakyatan Malaysia selepas perjanjian damai itu ditandatangani.

No comments:

Post a Comment