Social Icons

Pages

Monday, September 2, 2013

20 SEN PUNYA CITER - PEMANDU MENGAMUK - TOKEH ENGGAN MENJUAL RON95


Kes berlaku disalah sebuah stesen minyak Shell di Durian Tunggal,  Melaka malam tadi.

Sebaik saja Najib Razak pemimpin agung UMNO yang menjadi kesayangan dan kemegahan para ahli, penyokong dan pendokong UMNO mengumumkan akan harga petrol RON95 dan Diesel naik 20 sen seliter mulai jam 12.01 malam nanti, maka berpusu2lah rakyat pergi ke stesen minyak untuk mengisi petrol sebelum jam 12 tengah malam.

Disebuah stesen minyak di Melaka didapati engganmenjual petrol RON95 kepada pelanggan atas alasan kononnya minyak sudah kehabisan .. sedangkan semua rakyat tempatan tahu betapa towkey stesen minyak ini ingin mengambil kesempatan untuk buat untung atas pengumuman  Najib Razak harga petrol RON95 dan Diesel naik 20 sen seliter sedangkan dalam stock minyaknya dia beli untuk dijual kepada harga lama RM1.90 sen seliter dan bukannya RM2.10 seliter.

Jadi nak buat untung mudahlah ...Apa lagi naik minyaklah kawan tu ... terus dilanggarnya salah satu pam minyak yang terdapat distesen itu.


Ini bukti jelas betapa kehidupan rakyat dengan harga RM1.90sen seliter pun sudah cukup tertekan inikan pula harga RM2.10 seliter.

No comments:

Post a Comment