SEGAMAT - Kerajaan hari ini disaran mengurangkan
subsidi harga gula secara berperingkat sebagai langkah menggalakkan rakyat
mengurangkan penggunaan bahan itu dalam makanan dan minuman sekaligus
mengurangkan penghidap diabetes.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam
berkata: “Setakat ini bilangan penghidap diabetes di negara ini telah meningkat
kepada 2.6 juta orang atau 15 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia.
“Ini semua berlaku kerana rakyat kita tidak mengawal
penggunaan gula dalam makanan dan minuman,” katanya kepada pemberita selepas
merasmikan kempen kesedaran diabetes dan gaya hidup sihat Parlimen Segamat di
Dewan Orang Ramai Pekan Buloh Kasap di sini.
Menurutnya penyakit kencing manis (diabetes) menjadi
masalah besar kepada negara kerana mereka yang menghidap penyakit itu akan
berisiko mengidap penyakit lain seperti masalah penglihatan dan penyakit buah
pinggang.
Setakat ini katanya, dilaporkan terdapat seramai
16,000 orang pesakit buah pinggang dalam senarai menunggu untuk mendapatkan
pemindahan organ itu daripada penderma yang purata hanya terdapat seramai 40
hingga 50 orang setahun.
Beliau turut mencadangkan agar pekedai makanan dan minuman tidak
mencampurkan gula dalam minuman yang dipesan pelanggan sebaliknya meletakkan
gula dalam bekas berasingan supaya pelanggan boleh membuat pilihan sama ada
menggunakan gula atau sebaliknya dalam minuman.
Aku malas nak ungkit balik… sepanjang berkempen
di Segamat semasa PRU13 lalu, aku dah beritau… “Jangan pilih wakil rakyat yang
tak cerdik, nanti dapat bala” …
Aku harap pengundi2 UmNo Be End di Kg
Gelang Cincin, Brata, Bukit Siput, Jementah, Balai Badang, dan lain2 terutamanya Felda Palong Timor 1, 2, 3, 4 & 5… Jangan nyesal dengan pemilihan
kamu semua….
No comments:
Post a Comment