Mempertahankan
langkah kerajaan tidak membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa pulang, menteri
kebudayaan dan pelancongan hari ini mengaitkan pemimpin Parti Komunis Malaya
(PKM) itu dengan Osama bin Laden.
DatukSeri Nazri Aziz (kiri) berkata, selepas tentera Amerika Syarikat (AS)
menembak mati pemimpin jaringan al-Qaeda itu, mayatnya kemudian dikebumikan di
laut.
Sehubungan itu, katanya, langkah kerajaan Malaysia itu bukan
sesuatu yang luar biasa.
“Saya tidak fikir kita patut minta maaf kepada sesiapa kerana kamu
tahu, Osama juga dianggap pengganas, apa yang Presiden (Barack) Obama lakukan?
“Mayatnya hilang dan tidak dibawa balik ke Arab Saudi, AS atau ke mana2 ia dihumban ke laut.
“Apa yang kita lakukan bukan sesuatu yang luar biasa, ada alasan di
sebaliknya. Dan rakyat Amerika serta orang yang menderita (akibat serangan 911)
tidak membantah.
“Osama bin Laden... kamu beritahu saya, di mana mayatnya sekarang?”
kata Nazri kepada pemberita ketika merasmikan sebuah pesta seni di Kuala Lumpur
hari ini.
Bila di
lihat kepada komen2 menteri2 Malaysia, Negara Islam contoh ni…
tak ubah hanya suara2 Illuminati Freemason Yahudi yang penuh dengan
dendam kesumat.
Yang paling “JAHAT” men‘sama’kan
taraf seorang penentang penaklokan Negara2 umat Islam oleh Zionist
Dunia yang dikepalai oleh Laknatullah Amerika…
Jangan berhujah dengan kepala
lutut… Islam tidak menzalimi dan mendendami… peristiwa Nabi saw diserang dan
dihalau dari bumi Taif sehingga mendapat cedera, Jibril ‘alaihissalam datang meminta
kebenaran untuk musnahkan manusia Taif yang kejam itu, Nabi bersabda yang
baginda mengharapkan generasi selepas mereka yang kejam menerima seruan baginda….
Allahu A’lam….
No comments:
Post a Comment