Pages

Monday, September 9, 2013

MAJLIS PERBANDARAN MUAR SITA GERAI BERBAYAR... PER CER NI???


Tiba2 Kg Bukit Naning dikejutkan dengan kedatangan MPM – Majlis Perbandaran Muar menyita gerai di kawasan Kg Bukit Naning.

Sebuah gerai yang di kendalikan oleh seorang ibu tunggal telah disita kerana ada laporan mengatakan beliau tidak berniaga.

Laporan itu membuatkan MPM bangun dari tidor yang lama. Gerai MPM di Bukit Naning seperti pecan koboi telah diabaikan sejak sekian lama… Tandas awam yang tak pernah ada air dan berlampu, tak pernah dijagai… berbau ‘semerbak’…

Adalah malang bagi ibu tunggal tersebut, kerana beliau membuat pembayaran pada 3 September lepas didatangi Pengutkuasa MPM selepas 2 hari dan menyita kedainya kerana aduan itu.

Menjadi kebiasaan penyewa gerai disini, mereka memang mempunyai tunggakan sehingga beberapa bulan dan mereka akan mengirimkan kepada salah seorang untuk pergi membayarnya.

Sepatutnya, Penguatkuasa MPM tidak menyita kerana pada hari tersebut, ibu tunggal tersebut memang berniaga. Kalau Penguatkuasa MPM ini dari kalangan yang bijak, beliau seharusnya membatalkan aduan tersebut kerana terbukti depan matanya ibu tunggal tersebut sedang berniaga. Dengan sendirinya aduan tersebut adalah PALSU.


Dari cakapan  orang2 kampong mengatakan, pengadu telah membuat aduan dan permohonan untuk mendapatkan gerai kepunyaan ibu tunggal dengan surat sokongan ADUN Bukit Naning … Allahu A'lam....

Dalam operasi berkenaan, sebuah gerai ‘haram’ diberi notis supaya dirobohkan… namun masih beroperasi seperti biasa…
Diharapkan orang2 kuat UmNo Bahagian Bakri dapat menyelesaikan masalah ibu tunggal ini secepat munkin…..

No comments:

Post a Comment