PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini, hari ini,
melepas dan membebaskan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) polis yang
disabitkan kesalahan membunuh seorang wanita Monggolia, Altantuya Shaariibuu,
tujuh tahun lalu.
Koperal Sirul Azhar Omar dan Cif Inspektor
Azilah Hadri meraup wajah dan mengucapkan terima kasih kepada panel hakim
selepas keputusan itu diumumkan.
Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Seri
Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat
sebulat suara membuat keputusan itu.
No comments:
Post a Comment