KUALA LUMPUR: PAS
memandang kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
bahawa seramai 1.4 juta pekerja Bangladesh yang dijangka dibawa masuk secara
berperingkat ke negara ini menjelang awal tahun depan dengan serius.
“Apakah peluang pekerjaan
di negara begitu banyak sehingga memerlukan tenaga kerja sebegitu besar dari
negara Bangladesh?
“Apakah kerajaan sudah memikir impaknya terhadap indeks jenayah dan
orang setempat dengan kebanjiran warga asing ini?” tanya Ketua Penerangan PAS
Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurutnya, melihat
kepada kebanjiran warga asing yang sudahpun tidak terkawal kini, apakah
kerajaan sudah ada jalan memastikan warga asing ‘tidak hilang’ dari pemantauan
negara dan memastikan mereka dihantar pulang apabila habis tempoh kontrak
pekerjaan mereka.
Kenyataan
penuh beliau di bawah.
Merujuk kepada kenyataan
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa seramai 1.4 juta
pekerja Bangladesh yang dijangka dibawa masuk secara berperingkat ke negara ini
menjelang awal tahun depan.
PAS memandang
perkembangan ini dengan serius. Apakah peluang pekerjaan di negara begitu
banyak sehingga memerlukan tenaga kerja sebegitu besar dari negara Bangladesh?
Apakah kerajaan sudah
memikir impaknya terhadap indeks jenayah dan orang setempat dengan kebanjiran
warga asing ini?
Melihat kepada kebanjiran
warga asing yang sudahpun tidak terkawal kini, apakah kerajaan sudah ada jalan
memastikan warga asing ‘tidak hilang’ dari pemantauan negara dan memastikan
mereka dihantar pulang apabila habis tempoh kontrak pekerjaan mereka?
Bagaimana
pula impaknya pada rakyat Malaysia yang dikahwini warga Bangladesh ini? Apakah
warga Bangladesh ini akan terus diberi kerakyatan semata2 mengahwini
rakyat tempatan?
Bagaimana
kerajaan boleh memastikan golongan ini tidak ‘diMelayukan’ dan dijadikan
warganegara semata2 kerana beragama Islam?
Zahid mewar2kan
bahawa warga Bangladesh akan diberi kad pengenalan khas itu akan dilengkapi
teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), biometrik, fungsi kad debit dan
kad simpan nilai (seperti Touch & Go).
Tapi bagi PAS, perkara
itu bukanlah terpenting, kerana sebelum ini terdapat pelbagai kes di mana kad
pengenalan sementara dan berwarna merah juga dapat didaftarkan sebagai pengundi
oleh SPR.
Apakah jaminan kerajaan
untuk memastikan golongan ini tidak diberikan kad pengenalan biru dan dapat
mendaftarkan diri sebagai pengundi di dalam daftar SPR?
Kerajaan perlu telus
untuk memaparkan jumlah yang diminta oleh setiap sektor pekerjaan. Dan apakah
peluang pekerjaan tersebut tidak boleh diisi rakyat tempatan?
Krisis ekonomi yang
sedang melanda Indonesia dan Thailand tidak harus dipandang ringan. Dengan
kebanjiran 1.4 warga Bangladesh ini, apakah rakyat Malaysia perlu bersaing
untuk mendapatkan pekerjaan, lebih2 lagi sekiranya kemerosotan
ekonomi berlaku.
Rakyat Malaysia,
terutamanya Bumiputera dan kaum Melayu harus peka kepada isu ini. Terlalu
banyak contoh di negara kita di mana warga asing yang beragama Islam dan
mengambil keputusan untuk memeluk Islam mengambil kesempatan semata2
untuk dilihat sebagai seorang Bumiputera dan Melayu untuk menikmati hak2
sebagai rakyat Malaysia. Mereka tidak akan memilih untuk menjadi orang Cina dan
India atau bangsa lain.
Sekiranya situasi ini
berterusan, anak2 kita akan bersaing dengan anak2 warga
asing ini terutamanya dari pelbagai segi sosial dan ekonomi.
Kerajaan perlu memastikan
masalah pengangguran di dalam negara diselesaikan dahulu. Jangan kerana semata2
ada industri yang inginkan buruh murah, maka kedaulatan negara digadaikan.
Kerajaan seharusnya mencari penyelesaian bagaimana rakyat sendiri boleh
memenuhi ruang pekerjaan ke dalam industri yang memerlukan tenaga buruh rendah
dan bukannya dengan mengambil jalan mudah dengan mengambil 1.4 juta warga
Bangladesh.
Apakah ini satu lagi cara
untuk pihak tertentu mengaut keuntungan hasil daripada komisyen membawa masuk
warga Bangladesh yang ramai ini?
No comments:
Post a Comment