Menteri Wilayah Persekutuan Datuk
Seri Tengku Adnan Mansor hari ini cuba memberikan takrif baru kepada slogan
Asalkan Bukan Umno (ABU) yang popular digunakan untuk menolak parti itu setiap
kali musim pilihan raya.
Katanya,
ini kerana, selepas pilihan raya umum, Umno masih diterima apabila orang Melayu
sehingga dapat meningkatkan jumlah kerusi Parlimen daripada 79 kepada 88.
“Bila
nampak (grafiti) ABU, beritahu yg sebenarnya (bermaksud) Allah Berkati Umno.
Apa berlaku di (pilihan raya kecil) Kuala Besut ialah Allah Bersama Umno.
“Percayalah
kita berada di landasan betul cuma masalahnya kita cuba bercakaran antara satu
sama lain,” kata setiausaha agung Umno itu di Masjid As-Shafie di Taman Maluri,
Cheras.
Turut hadir
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
ABU
asalnya grafiti popular di sekitar ibu negara sebelum diangkat sebagai
pergerakan anti-Umno dan BN oleh sekumpulan aktivis NGO.
Dalam ucapannya juga, Tengku
Adnan juga memberitahu, Umno Wilayah Persekutuan akan menyokong Muhyiddin dan
Presiden Datuk Seri Najib Razak untuk mengekalkan dua kerusi utama Umno dalam
pemilihan akan datang –
MK –
Apakah dalil yang digunapakai tu??? Apakah kemenangan UmNo Be End sebagai hujah untuk melogikan dakwaan ini???
Aku gelak sampai keras perut melihat kenyataan meroyan sampai camtu sekali... tak der kah "ULAMA" Umno berani nak tegur dia ni??? Jangan sampai citer perbualan Lembu ngan manusia jadi bualan, nanti manusia ramai akan kata LEMBU lebih baik... hehehe

This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete