Perdana Menteri yang juga Presiden
Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju dengan pandangan bekas perdana
menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi bahawa isu pembaharuan dalam Umno merupakan
salah satu cabaran terbesar yang dihadapinya.
Najib
mengulas komen Abdullah dalam sebuah buku baru bertajuk “Awakening:The Abdullah Badawi Years in Malaysia”, termasuk isu Umno enggan untuk melakukan perubahan.
Najib berkata perubahan minda
rakyat adalah “tugas yang amat besar” yang boleh mengambil masa beberapa generasi.
Katanya,
beliau bersetuju dengan pandangan itu kerana Umno perlu berubah dan ia bermula
dengan proses meminda perlembagaan parti.
Bagaimanapun,
tegas beliau, mengubah fikiran rakyat adalah satu lagi tugas yang besar sekali,
yang mungkin mengambil lebih daripada masanya sebagai presiden Umno.
“Ia mungkin
memerlukan beberapa generasi untuk berubah,” kata Najib dalam sidang akhbar di
majlis hari terbuka Aidilfitri di kediaman rasminya di Putrajaya.
Sementara itu, Bernama melaporkan
Najib berkata untuk Umno menjadi relevan, ia perlu bergerak dengan masa supaya
ia mencerminkan perubahan nilai2 dalam masyarakat.
“Saya
percaya Umno telah mendapat mesej itu tetapi seperti mana2 parti
politik, ia mengambil masa untuk berubah,” katanya pada sidang media di rumah
terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana di
Putrajaya.
Beliau
berkata: "Saya simpan komen saya dulu sehingga saya baca buku itu. Saya
tidak boleh mengulas berdasarkan komen orang lain. Saya perlu membaca buku itu,
(dan komen) berdasarkan tafsiran saya mengenai buku itu."
Najib juga
berkata bahawa ia adalah mudah untuk mengkritik sebuah parti yang memegang
kuasa seperti Umno.
“Ia adalah
mudah untuk berjanji tetapi janji harapan tidak mudah apabila anda perlu
menunaikannya. Anda mesti ingat bahawa banyak pihak di dunia menabur janji
harapan dan telah gagal mengotakannya," katanya.
Apabila
ditanya mengenai kenyataan Abdullah bahawa cabaran yang paling besar untuk
beliau (Najib) adalah bantahan terhadap transformasi negara, Najib berkata
program transformasinya adalah kesinambungan daripada apa yang telah dimulakan
oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mencapai Wawasan 2020 di mana ianya disokong oleh penggantinya, Abdullah.
“Kini, ia
adalah masa saya. Saya perlu mengotakannya. Jadi, itu adalah pandangan saya.
Ini adalah kesinambungan (kerja) tiga perdana menteri untuk mencapai wawasan
hebat untuk Malaysia," katanya.
“Saya kini
bertanggungjawab untuk memenuhi wawasan ini untuk seluruh rakyat Malaysia.
Beginilah saya melihatnya,” katanya sambil menjelaskan bahawa ia adalah
komitmen untuk semua rakyat Malaysia yang teruja dengan Wawasan 2020.
Najib juga
turut meminta semua rakyat Malaysia saling menghormati antara satu sama lain
bagi memelihara keharmonian.
“Prinsip
asas adalah bahawa jika kita mahu menjadi harmoni, umat Islam tidak harus
menyinggung perasaan orang bukan Islam dan bukan Islam tidak boleh menyinggung
perasaan umat Islam.
“Jika ada
cara lain untuk melakukannya, ia adalah lebih baik tidak menyakiti perasaan
orang. Jika berdasarkan siapa yang betul dan siapa yang salah, kita tidak akan
bersetuju sama sekali.
“Jika anda
mengambil pendirian berdasarkan bahawa tidak harus menyakiti perasaaan, maka
kita akan menjadi negara yang aman buat selama2nya. Ini adalah
impian saya untuk Malaysia," katanya – MK –
Buku Pak Lah berjudul "Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia" dilancarkan dua hari
sebelum Hari Raya.. Berita ini keluar di Malaysiakini atau lebih tempat
dikatakan diwar2kan oleh Malaysiakini.
Kulit luar buku itu menunjukkan ianya disunting oleh Bridget Welsh dan James Chin. Bridget merupakan pensyarah SMU, USA
No comments:
Post a Comment