Pages

Wednesday, April 10, 2013

KRONOLOGI KAPAL SELAM SCORPENE - APA SKRIP SETERUSNYA????



Skandal yang memakan belanja dan nyawa telah berlalu begitu lama. Sejak 2006 sehingga 2013 tanpa menjelaskan kepada rakyat marhaen sedangkan penghakisan wang rakyat begitu banyak sekali.

RM530 juta... bukan sikit oiiii... 20 keturunan

Ketamakan dan AMANAH sudah terhakis dari mereka yang mengaku ISLAM telah menyalahgunakan kuasa dan AMANAH mereka. 


makan tak habis tu... nak makan apa??? Nak ke sekali telan permata bernilai RM24 juta????.. Paling mahal pun nasi lemah RM50 sekali makan je... 

05 Jun 2002 Kerajaan Malaysia menandatangani dengan DCNS Perancis dan Sepanyol Navantia untuk perolehan dua kapal selam kelas Scorpene. Kontrak di buat secara rundingan terus dengan syarikat-syarikat pembuatan. Syarikat Primekar Sdn Bhd (kepunyaan keluarga Abdul Razak Baginda) dikaitkan dengan orang kuat dan sahabat Najib, menjadi perantara. 


Kontrak dibahagikan kepada dua bahagian
1. kos dua kapal selam Scorpene bersama-sama pakej meliputi Sokongan Bersepadu Logistik dan Latihan berjumlah Euro 969.15 juta dan

2. bayaran kepada Primekar Sdn Bhd dalam nama "PERKHIDMATAN PENYELARAS" untuk tempoh 6 tahun berjumlah Euro 114.95 juta.

Dengan kadar pertukaran matawang Euro :
Pembayaran untuk kos kapal selam antara RM2.14 Bilion (kadar pertukaran RM3.2 per Euro tahun 2002) hingga RM5.43 Bilion (tukaran RM5.6 per Euro 2008). Manakala kadar komisyen kira-kira RM540 Juta.



26 Julai 2006 - TLDM mengumumkan dua kapal selam diberi nama KD Tunku Abdul Rahman dan kapal kedua KD Tun Razak



06 Oktober 2006 - Altantuya datang kali kedua menuntut komisyen. Kedatangan kali pertama pada bulan Ogos di tahun yang sama..

Kali terakhir Altantuya dilihat keluar dari Hotel Malaya tempat penginapannya...

07 November 2006 - Polis menemui cebisan daging dan pakaian mayat Altantuya di Puncak Alam, Shah Alam. 2 Anggota UTK : Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar di dakwa membunuh Altantuya.

17 November 2006 - Abdul Razak Baginda di dakwa bersubahat dengan 2 anggota UTK.

18 Jun 2007 - perbicaraan kes bunuh Altantuya bermula... Pendakwaan berlangsung selama 151 hari dengan 84 saksi. Razak Baginda, Azilah dan Sirul sebagai tertuduh.


01 Julai 2008 - Penyiasat Persendirian, P. Balasubramaniam mendedahkan hubungan Altantuya, Razak Baginda dan Najib Razak dalam satu akuan bersumpah.



Bala menarik balik akuan bersumpah keesokannya.

05 Julai 2006 - Peguam Bala, Americk Singh Sidhu mengesahkan bahawa akuan bersumpah yang dibuat oleh Bala adalah secara rela.

31 Oktober 2008 - Razak Baginda dibebaskan, manakala Azilah dan Sirul dipanggil membela diri.

15 Januari 2009 - Azilah dan Sirul mula memberi keterangan bela diri.

09 April 2009 - Azilah dan Sirul dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Motif pembunuhan tidak ditemui.

03 September 2009 - Kapal selam KD Tunku Abdul Rahman tiba di Pelabuhan Klang selepas 54 hari pelayaran dari Perancis. Dilaporkan kapal selam hanya terapong, tidak boleh menyelam kerana kesilapan teknikal.

08 April 2011 - Laman web Perancis, Rue89 mendedahkan bahawa syarikat Perancis tidak pernah membayar Primekar Sdn Bhd sebanyak RM493 juta sebagaimana di dakwa oleh Kerajaan Malaysia (UmNo Be End). Perkara didedahkan berdasarkan perbicaraan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene yang berjalan di Perancis.

18 April 2011 - Suara Rakyat Malaysia - Suaram memutuskan melantik seorang hakim bebas di Mahkamah Perancis bagi membicarakan kes dakwaan rasuah pembelian Scorpene. Tiga peguam dilantik mewakili Suaram ialah Joseph Breham, William Bourdon dan Renaud Semerdjian.

10 Mei 2011 - Kerajaan Perancis mendedahkan dua komisen bernilai RM32.5 juta. Rasuah terbongkar ketika siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa Perancis namun tidak diketahui di bayar kepada siapa. 

Penemuan ini menunjukkan Kerajaan Malaysia membayar 2 kali rasuah kepada pihak tertentu.

Oktober 2011 - Isu rasuah menggegarkan masyarakat London. Peguam Joseph Breham akan mengadakan ceramah di majlis amal bagi memungut derma kos guaman kes Scorpene.


Skandal Scorpene tercetus pada berikutan siasatan pihak berkuasa Perancis menemui tiga e-tiket penerbangan ke Macau. 2 tiket disahkan didaftarkan atas nama Abdul Razak Baginda dan Altantuya Shariibuu.


1 comment:

  1. Statement bodoh yang xda asas.. hnya mainan anuar al-juburi semata-mata sebab si peliwat tu nak jadi perdana menteri itu je motif nye pun..phuii

    ReplyDelete