Bekas
perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad enggan mengulas kepada kritikan Tun
Abdullah Ahmad Badawi terhadapnya dalam sebuah buku yang baru diterbitkan.
Sebaliknya, Dr Mahathir berkata bahawa beliau sedang mengkajinya
sebelum membuat beberapa rujukan terhadapnya.
Dr Mahathir demikian ketika dikerumuni pemberita di majlis hari
terbuka Aidilfitri di rumah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari
ini.
Ditanya sama ada beliau telah membaca buku ini, Dr Mahathir
berkata: “Saya belum membaca buku itu, tetapi saya telah membaca (laporan
mengenainya melalui) malaysiakini.com”.
Dalam buku baru bertajuk 'Awakening: The Abdullah Badawi Years in
di Malaysia, Abdullah memberitahu editor buku tersebut bahawa Dr Mahathir
mencampuri pentadbirannya dan menggelar beliau sebagai “manusia penuh
kontradiksi” – MK –
No comments:
Post a Comment