Memang ianya peristiwa yang berulang pada masa tertentu di
tempat2 tertentu. Perjuangan menegakkan kalimah Tauhid amat tidak
disenangi oleh musuh2 Islam. Musuh2 Islam terdiri dari Kuffar,
Munafiq, Fasiq dan Juhalak akan bergabung untuk memusnahkan perjuangan suci
ini.
Ikhwan Muslimin pernah
diHARAMkan sejak 30 tahun dahulu. Ikhwan Muslimin yang membantu Mesir
mengundurkan tentera Israel dalam peperangan Mesir-Israel 1967 sehingga
memaksakan Amerika Syarikat memaksa Mesir bersetuju menerima Pemeterian Camp
David dengan menghapuskan hutang Mesir sebanyak US70B.
Apakah tindakan Kudeta
Al-Sisi akan memberikan kesan yang sama panjang tempohnya atau lebih???
Apakah tindakan Kudeta Al-Sisi
akan melahirkan ramai generasi Illuminati yang menjadi tentera Kuffar menentang
agama sendiri???
Di Malaysia juga pernah dilakukan sedemikian laku. Seandainya ianya berlaku di Malaysia, pejuang Islam mesti membeli dengan harga yang mahal. Islam akan kembali “ghurabak”.
KAHERAH - MESIR - Pasukan keselamatan Mesir
menahan 75 lagi anggota kanan Ikhwanul Muslimin di Kaherah.
Menteri Dalam Negeri kerajaan sementara, Mohamed
Ibrahim berkata, tangkapan bersepadu itu dilakukan bagi menghalang rancangan
anggota Ikhwanul dan penyokong Presiden Mesir yang digulingkan Mohammed Mursi
untuk terus melakukan demonstrasi mega di beberapa wilayah di negara itu.
“Kami akan melakukan operasi pembersihan ahli
Ikhwanul sehingga semuanya ditahan. Mereka adalah ancaman buat negara dan
keselamatan awam,” katanya dipetik Press TV
Menurutnya, kesemua mereka ditahan didakwa
mengikut tuduhan hasutan hingga mencetuskan keganasan.
Ahli ditahan antaranya, Syeikh Baha Saber, Ustaz
Khalid Yusuf, Al Haj Jaudah Muhammadain dan pegawai kanan di Kementerian
Kehakiman Ustaz Majdi.
Kelmarin, empat pemimpin kanan kumpulan itu
ditahan termasuk jurucakap rasmi Ahmed Aref dan pada 20 Ogos lalu pasukan
keselamatan menahan Musyidul Am Mohamed Badie di utara Kaherah.
Sementara itu, sebelum ditahan Ahmed Aref dalam laman Facebooknya
menyatakan, ‘Penangkapan di kalangan pemimpin Ikhwanul tidak memberi kesan
kerana kami dan rakyat Mesir menolak rampasan kuasa. Kami mengulangi isu ini bukan politik atau berkaitan dengan parti,
tetapi urusan negara yang diatur dan dirancang oleh kumpulan lain’. –
SOL –
No comments:
Post a Comment