Timbalan Menteri Komunikasi dan
Multimedia Datuk Jailani Johari berkata beliau menerima banyak pertanyaan
berhubung satu video di Youtube yang didakwa menunjukkan seorang pemuda
menyambut hari raya dengan tiga ekor anjing.
Laporan Bernama menyebut, beliau telah meminta
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menyiasat video yang didakwa menghina
Islam itu.
“Saya
menerima banyak pertanyaan mengenai hal ini walaupun SKMM belum menerima
sebarang laporan mengenainya.”
“Oleh itu
saya telah mengarahkan SKMM mengambil tindakan untuk menyiasat video tersebut,”
katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.
Menurut
laporan itu, video didakwa bertajuk '1 Hari di Hari Raya' itu menunjukkan
seorang individu berjalan bersama anjing berkenaan dengan bunyi latar alunan takbir
hari raya.
Video sepanjang hampir dua minit
itu seterusnya menunjukkan aksi seorang individu membasuh kaki anjing dan juga
kakinya sendiri.
Individu
berkenaan yang diperkenalkan sebagai “Chetz” itu mengenakan baju Melayu dalam
video berkenaan dan seterusnya menghidangkan kuih dan makan bersama anjing
tersebut, menurut laporan itu lagi.
Video
berkenaan menunjukkan keterangan: “Raikan Aidilfitri bersama2 tanpa
mengira spesies, warna kulit dan asal usul” dan turut menunjukkan gambar anjing
tersebut.
Sementara itu, satu laporan Utusan
berhubung video sama hari ini karya berkenaan sebagai “perbuatan biadab
mempermain2kan kesucian agama Islam sengaja dilakukan dalam bulan
Ramadan.” – MK –
Polis hari ini menahan jurulatih anjing Maznah Mohd Yusof, yang mencuri
tumpuan ramai dengan video ucapan Hari Raya Aidil Fitri bersama anjing.
Maznah mengesahkan perkara itu dan memberitahu beliau kini ditahan di Bukit Aman.
Maznah ketika dihubungi Malaysiakini dengan tenang berkata beliau telah disoal siasat oleh polis Cawangan Khas dan pegawai dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
“Mereka tanya niat saya memuatnaik video itu (tiga tahun lalu) dan pekara berkaitan,” katanya.
Peguam Latheefa Koya sewaktu dihubungi berkata Maznah menghubungi beliau sewaktu berada dalam kereta polis.
Maznah mengesahkan perkara itu dan memberitahu beliau kini ditahan di Bukit Aman.
Maznah ketika dihubungi Malaysiakini dengan tenang berkata beliau telah disoal siasat oleh polis Cawangan Khas dan pegawai dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
“Mereka tanya niat saya memuatnaik video itu (tiga tahun lalu) dan pekara berkaitan,” katanya.
Peguam Latheefa Koya sewaktu dihubungi berkata Maznah menghubungi beliau sewaktu berada dalam kereta polis.
Katanya, Maznah juga memaklumkan
bahawa beliau dibawa ke Bukit Aman dan mungkin akan ditahan selama 24 jam – MK –
Bertuahlah emak bapa dia
mendapat anak yang pandai mencari peluang “glamour” dengan mengHINA agama
sendiri…
Benar lah… Islam tidak semuanya Melayu.. Melayu tidak semua Islam… 2 identiti yang berbeza menunjukkan
kegagalan UmNo memperjuangkan Bangsa Melayu untuk memartabatkan Islam terbukti gagal dan auta semata2…
Ini berbeza antara kes dia
dengan Alvin yang menghina Islam kerana Alvin memang bukan Seorang Islam… Dia
ni ditakrifkan oleh kerajaan bahawa Melayu itu Islam????
No comments:
Post a Comment