السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
TANGKAK 14 September: Bas Jelajah Merdeka Rakyat sekali lagi
disimbah cat merah oleh samseng Umno hari ini ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim
bersama rombongan KEADILAN sedang menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek
Tangkak, Johor di sini.
Menurut
saksi yang sempat melihat kejadian itu, suspek dipercayai menunggang motosikal
bernombor plat MAL 7425.
Saksi
segera memanggil polis yang mengawal di luar masjid tersebut.
Ekoran
itu, polis bertindak mengejar samseng berkenaan.
Sebelum
ini, bas Merdeka Rakyat disimbah cat pada awal pagi di Pasar Siti Khadijah,
Kelantan manakala di Melaka, menyaksikan samseng Umno menyimbah cat secara
terang-terangan pada siang hari.
Dalam
jelajah itu – ketika di Alor Setar, samseng juga mengganggu tazkirah Anwar, malah
seorang daripada mereka dikatakan membawa kerambit ketika mendekati Ketua
Pembangkang itu. – SUMBER –
No comments:
Post a Comment