السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
LIWAT ISTERI BAWAH TA’ZIR BUKAN HUDUD
Liwat isteri menurut Mazhab
Syafie adalah perlakuan jenayah yang tidak termasuk dalam kategori Hukuman
Hudud tetapi Hukuman Ta’zir. Menurut al-Imam al-Syarbini:- seorang tokoh Mazhab
Syafie - “Adapun menyetubuhi isterinya atau hamba nya pada dubur (liwat) maka
pendapat Mazhab ialah wajib dita’zir sekiranya berulang. Sekiranya tidak
berulang maka tidak dikenakan ta’zir.” Rujuk Mughni al-Muhtaj, Juz 16, hlm.
356-357.Malah, Imam Abu Hanifah tidak mengkategorikan liwat sebagai Hukuman
Hudud tetapi Hukuman Ta’zir meskipun ianya haram berbeza dengan Imam Syafie
yang mengkategorikannya sebagai hukuman Hudud. Al-San’ani – salah seorang tokoh
ulama mazhab Hanafi menyebut dalam Bada’I al-Sana’i`:
“dan demikianlah
persetubuhan pada dubur lelaki atau perempuan tidak mewajibkan Hudud di sisi
Abu Hanifah meskipun ianya adalah haram kerana persetubuhan tidak berlaku pada
kemaluan depan, maka ia bukannya zina. Manakala di sisi kedua-duanya –Imam
Muhammad dan Imam Hasan ( dua tokoh besar mazhab Hanafi) dan juga di sisi Imam
Syafie perbuatan itu mewajibkan hukuman hudud.” Bada’I al-Sana’i`, Juz 15, m/s
24. Ini kerana pada pendapat Imam Abu Hanifah zina yang disebut dengan jelas
hukumnya di dalam al-Quran merujuk kepada “persetubuhan pada kemaluan depan.”
Enakmen Kesalahan Jenayah
Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu 2002 telah mengambil pendapat Imam Syafie
dan Mazhab Syafie dalam mengkategorikan jenayah liwat sebagai Hukuman Hudud dan
tidak menkategorikan liwat isteri sebagai Hukuman Hudud.
Hukuman jenayah dalam Islam
terbahagi kepada tiga, iaitu Hukuman Hudud, Hukuman Qisas dan Hukuman Ta’zir.
Kesalahan jenayah yang tidak termasuk dalam kategori Hudud dan Qisas dimasukkan
dalam kategori Ta’zir. Kadar Hukuman Hudud telah ditetapkan oleh Allah
antaranya zina yang mesti disebat atau dibuang negeri. atau direjam Kadar
Hukuman Ta’zir pula boleh diijtihad oleh para ulama dan pemerintah berdasarkan
beberapa peraturan dan syarat yang telah ditetapkan.
Enakmen Kesalahan Jenayah
Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu 2002 adalah Enakmen untuk memperuntukkan
dua jenis jenayah dalam Islam, iaitu Hukuman Hudud dan Hukuman Qisas sahaja.
Adapun Hukuman Ta’zir tidak dihuraikan terperinci oleh Enakmen ini. Apa-apa
kesalahan jenayah Islam yang tidak disebut dalam Enakmen ini secara automatic
termasuk dalam kategori jenayah Ta’zir yang hukumannya diserahkan kepada budi
bicara badan perundangan atau mengikut Enakmen ini hukumannya diserahkan kepada
budi bicara Mahkamah. Kesalahan-kesalahan itu dinamakan kesalahan-kesalahan
takzir dan hukumannya dinamakan hukuman takzir.
Hal ini disebut dalam
Seksyen 3. Jenis-Jenis Kesalahan, ceraian (c) “kesalahan-kesalahan yang lain
daripada kesalahan-kesalahan Hudud dan kesalahan-kesalahan Qisas, tetapi
hukumannya diserahkan kepada budi bicara badan perundangan atau mengikut
Enakmen ini hukumannya diserahkan kepada budi bicara Mahkamah.
Kesalahan-kesalahan itu dinamakan kesalahan-kesalahan takzir dan hukumannya
dinamakan hukuman takzir.” (Rujuk Tr. P.U. 4/2002 Enakmen Kesalahan Jenayah
Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M, Bahagian 1, Seksyen 3.
Jenis-Jenis kesalahan. www2esyariah.gov.my/esyariahmal/portalv1/)
Begitu juga Bahagian XI
Seksyen 65. Pemakaian Hukum Syarak Dalam Tafsiran menetapkan: (1) semua
kesalahan-kesalahan dalam Enakmen ini dan peruntukan-peruntukan mengenainya
hendaklah ditafsirkan mengikut Hukum Syara‘; dan rujukan kepada hukum itu,
hendaklah dibuat mengenai apa-apa perkara yang tidak diperuntukkan dalam
Enakmen ini.“ (Rujuk Tr. P.U. 4/2002 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah
(Hudud Dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M, Bahagian XI, Seksyen 65. Pemakaian
Hukum Syarak Dalam Tafsiran www2esyariah.gov.my/esyariahmal/portalv1/enakmen/)
Seksyen 14 Enakmen
tersebut yang dirujuk oleh salah seorang ahli parlimen hari ini menetapkan “Liwat
ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki
dengan seorang lelaki yang lain atau di antara seorang lelaki dengan seorang
perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui
dubur“. Rujuk Seksyen 14. Liwat, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan
Qisas) Terengganu 1423H/2002M,
www2esyariah.gov.my/esyariahmal/portalv1/enakmen/
Seksyen 14 dengan tajuk
Liwat ini menjelaskan takrifan jenayah Liwat yang dikenakan Hukuman Hudud.
Menurut seksyen ini, jenayah Liwat yang akan dikenakan Hukuman Hudud tidak
merangkumi keadaan di mana isteri diliwat oleh suami.
Persoalannya, bagaimana
pula dengan isteri yang diliwat oleh suami? Apa hukumannya? Adakah ianya
halal? Jawapannya ialah meliwat isteri adalah haram dengan sepakat ulama.
Ia adalah perlakuan jenayah yang termasuk kategori Hukuman Ta’zir bukannya
Hukuman Hudud.
Apabila hukuman bagi jenayah Liwat Isteri nya tidak disebut dalam Seksyen 14, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M, maka ia termasuk dalam kategori Ta’zir sebagaimana penjelasan dalam Seksyen 3. Jenis-Jenis kesalahan dan juga dirujuk kepada Bahagian XI Seksyen 65. Pemakaian Hukum Syarak Dalam Tafsiran.
Amat malang sekali apabila
ada ahli parlimen yang berstatus peguam telah gagal memahami dengan
tepat peruntukan dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas)
Terengganu 1423H/2002M sehingga membuat kesimpulan kefahaman yang boleh
memberikan kefahaman negative kepada masyarakat seolah jenayah Liwat Isteri
adalah dibenarkan dan dibolehkan.
Kesimpulannya tidak
mengkategorikan sesuatu perlakuan jenayah sebagai Hukuman Hudud tidak bererti
ianya halal dan dibenar dan tidak dianggap sebagai jenayah, malah ia
dikategorikan sebagai Hukuman Ta’zir.
Untuk maklumat lebih lanjut
tentang Hukuman Jenayah Islam, Ulama sepakat bahawa zina termasuk kategori
Hukuman Hudud yang telah ditetapkan hukumannya. Namun, mereka berbeza pendapat
adakah liwat termasuk kategori Hukuman Hudud atau Ta’zir? Imam Abu Hanifah
tidak mengkategorikan liwat sebagai hukuman hudud meskipun haram kerana pada
pendapat beliau, zina yang disebut dengan jelas hukumnya di dalam al-Quran
merujuk kepada “persetubuhan pada kemaluan depan.” Hal ini berbeza dengan Imam
Syafie yang mengkategorikannya sebagai Hukuman Hudud.
Perbezaan pendapat di
kalangan ulama besar ini dalam beberapa perkara cabang melibatkan hukum hudud,
qisas dan ta’zir menggambarkan keluasan fiqh Islam. Ia memberi ruang untuk
setiap pemerintah mengambil pendapat dan pandangan yang lebih bermaslahat pada
zamannya untuk dijadikan sebagai perundangan Negara atau negeri yang akan
dilaksanakan.
Antara contoh perbezaan
pendapat ulama lagi dalam kes Hudud dan Ta’zir ini ialah melibatkan Hukuman
Zina. Hukuman Hudud Zina tidak dikenakan kepada Kafir Harbi yang diberi
keamanan di negeri Islam apabila berzina dengan wanita Islam menurut Mazhab
Hanafi berbeza dengan pendapat Abu Yusof –salah seorang tokoh mazhab Hanafi.
Begitu juga menurut Abu
Hanifah menyetubuhi wanita mati walaupun pada kemaluan depan, dan menyetubuhi
binatang tidak dikategorikan zina meskipun ianya adalah haram. Maka ia tidak
termasuk dalam hukuman hudud tetapi termasuk dalam ta’zir. Begitu juga Imam Abu
Hanifah tidak mengkategorikan persetubuhan dengan mahram yang dinikahi sebagai
Hukuman Hudud tetapi dikategorikan Ta’zir, berbeza dengan Imam Syafie yang
menjadikannya sebagai Hukuman Hudud.
Kesimpulannya tidak
mengkategorikan sesuatu perlakuan jenayah sebagai Hukuman Hudud tidak bererti
ianya halal dan dibenar dan tidak dianggap sebagai jenayah, malah ia
dikategorikan sebagai Hukuman Ta’zir. - Sumber -
No comments:
Post a Comment