السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Rombongan PKR ke Johor hari ini yang dipimpin oleh Ketua Umumnya,
Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi sasaran lagi di Skudai petang ini yang boleh
mengakibatkan kemalangan ke atas bas yang digunakan untuk kempen parti itu.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution memberitahu
“Dalam perjalanan kami ke sini, kami mendengar bunyi letupan kuat apabila kami melalui di bawah jambatan pejalan kaki.”
“Kami mendapati seketul batu dilemparkan ke salah sebuah kereta dalam rombongan kami.”
“Kemudian kami temui paku di atas jalan raya. Jadi kita berhenti di tepi jalan manakala kakitangan keselamatan kami membersihkan jalanraya sebelum kami boleh meneruskan perjalanan kami,” katanya.
Naib Presiden PKR yang juga ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, semasa ucapannya di majlis makan
malam itu, mendakwa mereka ternampak sebuah kereta di hadapan rombongan mereka
hilang kawalan dan berpusing ke arah yang bertentangan.
“Kami dapati jalan penuh paku,” kata Fuziah sambil mendakwa pelakunya mahu bas mereka ditimpa kemalangan.
“Alhamdulillah, kita berjaya mengatasi semua cabaran ini,” katanya kepada kira-kira 6,000 hadirin berbilang kaum.
Kereta yang berjaya sampai ke destinasi majlis makan malam itu, kemek dan calar pada bahagian bonetnya.
Ketika ditemui Malaysiakini kemudiannya, Fuziah berkata kejadian itu berlaku kira-kira 1km dari tempat majlis makan malam itu di sebatang jalan raya yang gelap, tetapi dia tidak tahu namanya. – MK –
No comments:
Post a Comment