Pages

Friday, August 31, 2012

BAS JELAJAH MERDEKA DISERANG


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ





[DIKEMAS KINI] SHAH ALAM - Bas yang dilancarkan oleh PKR semalam sebagai kemudahan untuk menggerakkan Jelajah Merdeka Rakyat didakwa telah diserang di Kota Bharu, Kelantan awal pagi tadi.

Maklumat yang diperoleh siri mesej Twitter sejak awal pagi tadi menunjukkan bas tersebut, yang dipercayai tiba di destinasi pertama sejak dilancarkan semalam, disimbah dengan cat merah dan cerminnya pula dipecahkan.

Wartawan Sinar Harian di Kota Bharu melaporkan bahawa bas itu disimbah cat ketika diletakkan di hadapan Pasar Siti Khadijah.

Cermin depan bas PKR pecah dan disimbah dengan cat merah. - Foto Sinar HarianDifahamkan ia dilakukan oleh sekumpulan pemuda kira-kira jam 5 pagi tadi. 

Semalam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menaiki bas tersebut ketika berceramah di Tanah Merah.

Bas PRU PKR
Jelajah Merdeka Rakyat: Bas diserang di KB (Kota Bharu) jam 5 pagi - cat merah dan pecah cermin. Samseng bermarajalela. Staf ke IPD buat laporan, kata Anwar, yang juga Ketua Umum PKR menerusi Twitter sebentar tadi.
 
Dalam pada itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli pula berkata, PKR akan mengadakan sidang media serentak di Kota Bharu dan juga ibu pejabat parti itu pagi ini untuk mengecam usaha menggagalkan jelajah  merdekarakyat.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihaknya akan mengumumkan butiran insiden itu pada sidang media pagi ini.

Butiran maklumat sedang dikumpulkan, akan dimaklumkan pada sidang media nanti oleh YB Azmin Ali (Timbalan Presiden) dan Rafizi, kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Anwar merasmikan Jelajah Bas sempena Aidilfitri di Petaling Jaya, semalam. Penggunaan kemudahan bas diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika 1 Syawal lalu.
Pada majlis semalam, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata,  PKR memulakan siri baru - Jelajah Merdeka Rakyat ke seluruh Semenanjung untuk mendekati dan menyampaikan mesej kepada rakyat agar beri peluang kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk mengubah Kerajaan Pusat.

Saifuddin berkata, siri jelajah itu diadakan secara berterusan sehingga Parlimen dibubarkan dan akan diteruskan sepanjang tempoh pilihan raya.

Menurutnya, jelajah itu juga adalah kesinambungan 20 siri program Merdeka Rakyat yang diadakan sejak tiga bulan lalu.

Menurutnya, ramai pemimpin PKR Pusat akan terlibat dalam siri jelajah itu dan mereka akan berada di Pahang, Kelantan, Kedah dan Perlis.

Bas itu mempunyai 19 tempat duduk, kemudahan wifi, tempat mesyuarat, tandas dan dilengkapi sistem bunyi dan pentas segera SH -


No comments:

Post a Comment