Pages

Saturday, September 15, 2012

PENYOKONG SYAITAN YANG DIKENALI.. BLOGGER UMNO TAK ADA MARUAH…


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



Atas persetujuan blogger UMNO Sekupang Dua, yang mempunyai nama sebenar Ahmad Suffian Yahya (gambar), menarik balik segala kenyataan fitnah dan tohmahan terhadap Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming, Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini mengeluarkan perintah bahawa kes fitnah tersebut telah diselesaikan.

Peguamcara Ahli Parlimen Taiping, Leong Cheok Keng dalam satu kenyataan media hari ini menyatakan, selain dari menarik balik segala kenyataan fitnah dan tohmahan terhadap Nga, blogger UMNO tersebut, Ahmad Suffian Yahya juga memberi aku janji kepada Mahkamah Tinggi Ipoh supaya tidak akan mengeluarkan apa2 tohmahan atau fitnah terhadap Nga Kor Ming lagi pada bila2 masa yang akan datang.

Aku Janji tarik balik semua kenyataan Fitnah

Leong berkata, dalam mesyuarat pengurusan kes yang dijalankan dalam Kamar Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Hakim YA Habinder Singh telah memerintahkan supaya kedua2 pihak mencapai penyelesaian. Oleh kerana Defendan, iaitu Ahmad Suffian Yahya telah bersetuju menarik balik segala kenyataan fitnah dan tohmahan terhadap Nga dan beliau juga memberi aku janji kepada Mahkamah Tinggi Ipoh supaya tidak akan mengulangi atau mengeluarkan apa2 tohmahan serta fitnah terhadap Nga Kor Ming lagi pada bila2 masa, satu perintah persetujuan telah dikeluarkan oleh Hakim. Ini bermaksud Defendan boleh didakwa menghina Mahkamah jika beliau mengulangi atau mengeluarkan apa2 tohmahan serta fitnah terhadap Nga Kor Ming pada masa depan.

Leong berkata, dalam blog SekupangDua yang bertarikh 16-12-11, Ahmad Suffian Yahya pernah mendakwa Nga Kor Ming adalah “penyamun besar” Negeri Perak dan menyalahguna kuasa mengarahkan Majlis Bandaraya Ipoh memberi kontrak jahit baju Ahli Majlis MBI bernilai RM600 kepada syarikat kepunyaan isteri beliau. Oleh kerana mendapati kenyataan blog itu adalah fitnah, tidak berasas, berniat jahat dan bertujuan menjatuhkan imej beliau sebagai wakil rakyat dan peguambela Mahkamah Tinggi Malaya, Nga telah membawa tuntutan RM10 juta serta perintah injunksi terhadap Ahmad Suffian Yahya pada 3hb Januari tahun ini.

Memandangkan kini akujanji yang diberi oleh Defendan dan tindakannya menarikbalik segala dakwaan terhadap Nga, Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh YA Habinder Singh hari ini mengeluarkan perintah kes tuntutan fitnah ini Berjaya diselesaikan.

Dalam kes ini, Plaintiff diwakili oleh Leong Cheok Keng, Dato Ngeh Koo Ham dan Nga Hock Cheh, manakala Defendan pula diwakili oleh Mohd Hasnal dan Nurul Nadia.sumber -


No comments:

Post a Comment