Pages

Friday, September 21, 2012

TUBUH LA AJK BANTERAS POLITIK WANG@RASUAH POLITIK... ADA BERAN....


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ




POLITIK WANG: DAP CABAR PRESIDEN MCA BUAT LAPORAN

IPOH – DAP Perak memberi tempoh 24 jam kepada Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek membuat laporan berhubung pendedahan yang dibuat beliau berkaitan politik wang, yang dikaitkan dengan  salah seorang pemimpin wanita MCA.

Setiausaha DAP Negeri, Nga Kor Ming berkata, laporan itu perlu bagi membuktikan integriti MCA dan Barisan Nasional (BN) sendiri dalam menentang amalan rasuah meskipun ia dilakukan ahli parti.
 
“Ini bukan pendedahan yang kita buat, tetapi dibongkar sendiri oleh pemimpin tertinggi kalangan BN, jadi sewajarnya beliau (Sok Lek) tampil membawa perkara ini kepada pihak berkaitan apatah lagi pihaknya menegaskan mereka mempunyai bukti yang kukuh,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi DAP, V Sivakumar, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Canning, Wong Kah Woh dan Ketua Pemuda DAP Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How.

Terdahulu, Soi Lek dilaporkan berang dengan tindakan seorang pemimpin wanita parti itu apabila dikatakan membelakanginya selaku pengerusi dengan melobi kalangan kompenan BN untuk mendorongnya dipilih mewakili MCA di Parlimen Gopeng pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kor Ming berkata, sekiranya dalam tempoh 24 jam tiada laporan dibuat, pihaknya melalui Pemuda DAP Ipoh Timur akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pendedahan itu.

“Jika beliau tiada keyakinan untuk membawa perkara itu, kita sedia membantu,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, DAP Perak akan membentangkan 23 resolusi sempena Konvensyen Tahunan DAP Perak ke-17 yang dijadualkan berlangsung 23 September ini.

Resolusi yang akan dibentangkan di hadapan 1,246 ahli daripada 174 cawangan DAP seluruh negeri itu antara lain mendesak agar Perdana Menteri menetapkan satu tarikh yang tepat untuk PRU13 bagi mengelak ketidakstabilan politik dan ekonomi negara.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng dijangka hadir menyampaikan ucapan dasar.Klik Sumber – 

Kalau dah ada rasuah politik atau politik wang... lapor la kat polis ke, SPRM ke?? atau tubuh la AJK BANTERAS POLITIK WANG@RASUAH POLITIK...

Ada Berani ke Soi Lek????? 



No comments:

Post a Comment