Pages

Sunday, September 16, 2012

SABAH “FIX ASSET” UMNO BN SEMAKIN CAIR…


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



PEMIMPIN KELUAR UMNO PETANDA BN SABAH “GULUNG TIKAR’

TUARAN 16 Sept: Tindakan beberapa pemimpin terkenal keluar dari Umno BN Sabah petanda rakyat Sabah mahukan perubahan dan menamatkan kesengsaraan di bawah regim parti itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berucap sempena sambutan Hari Malaysia ke-49 malam semalam, beliau yakin rakyat Sabah sudah bersedia untuk menolak Umno BN pada pilihan raya akan datang.

“Saya ingat lepas ini, Umno boleh gulung tikar,” kata Ketua Pembangkang itu sambil disambut tepukan hadirin pada sambutan Hari Malaysia  di Restoran Singgah Singgarung di sini.

Namun, kata Anwar, rakyat Sabah harus berhati2 dan tidak terpengaruh dengan dakyah Umno BN yang menggunakan agama untuk memecah belah perpaduan bagi menyekat arus perubahan.

“Tapi kita kena ingat, niat kita mesti ikhlas untuk melakukan membuat sesuatu yang baik dan sentiasa menjaga hubungan baik antara agama.

“Umno BN sengaja mempermainkan agama untuk menanam prasangka antara orang Islam, kristian dan agama lain supaya membenci antara satu lain untuk meneruskan kekuasaan mereka.

“Oleh itu, tingkat kefahaman dan saling menghormati antara kita agar tidak tewas dengan agenda pecah belah Umno BN,” katanya.

Hadir sama, Presiden PAS, Haji Hadi Awang; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan pimpinan Pakatan Rakyat lain.

Terdahulu, Anwar Ibrahim mengisytihar bekas menteri dan Naib Presiden Perkasa, Datuk Yahya Lampong keluar Umno di Restoran Singgah Singgarung, Tuaran, Sabah.

Kurang 24 jam sebelum itu, bekas Bendahari Umno Sabah, Tan Sri Ibrahim Menudin dalam satu program di Labuan, mengisytihar keluar Umno dan menyertai KEADILAN.

Ia menjadikan sekurang2nya empat pemimpin terkenal Sabah meninggalkan BN dalam tempoh sebulan termasuk Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing.sumber – 



Sementara itu pada 8 Ogos lalu: Sokongan rakyat Sabah terhadap Angkatan Perubahan Sabah (APS) pimpinan Datuk Seri Wilfred Bumburing terus menggegarkan politik negeri itu apabila ramai lagi pemimpin BN mengikut jejaknya menyokong Pakatan Rakyat.

Terbaru, John Hussein meletak semua jawatan sebagai ahli Parti Bersatu Sabah (PBS-BN) dan ketua kampung bagi kawasan Kiulu dalam Parlimen Tuaran.

Menurut beliau, notis 30 hari diserah kepada partinya dan kerajaan negeri sejak 1 Ogos lalu.

John turut meletak jawatan Ketua PBS Cawangan Kampung Simpangan Lama dan Naib Pengerusi PBS Bahagian Kiulu dan kini menyertai APS.

“Saya bersetuju dengan kenyataan Datuk Seri Wilfred bahawa sistem penyampaian BN gagal memenuhi matlamat yang dikehendaki rakyat.

“Sebagai contoh, pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nabalu mengambil masa yang sangat lama untuk dilaksanakan dan kini pembinaannya terus terhenti tanpa penjelasan munabasabah,” kata John dalam satu kenyataan.

Beliau akan bekerjasama dengan dua bekas pemimpin Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Bahagian Tuaran, Lesaya Lopog Sorudim dan Daukim Gilu untuk membentuk dan menggerakkan APS Bahagian Kiulu.

Sebelum ini, Naib Presiden Upko yang juga Senator Datuk Maijol Mahap; Pengerusi Tetap, Datuk Herman Tiongsoh serta Ahli Majlis Tertinggi, Denis Gimpah dan Petrus Guriting turut mengisytihar keluar BN bersama Wilfred pada 29 Julai lalu.

Wilfred merupakan Ahli Parlimen Tuaran, bekas Timbalan Presiden Upko, Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka dan bekas Pengerusi BN Tuaran.

APS adalah pertubuhan bukan kerajaan yang memfokus pengundi Bumiputera Bukan Islam Sabah bagi menyokong Pakatan Rakyat untuk memerintah Malaysia.

Wilfred memulakan jelajahnya sejak 1 Ogos lalu dengan menggempur Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan dan Parlimen Keningau yang diwakili Presiden PBS, Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan.

Pairin mewakili kedua2 kawasan itu sejak 1976 hingga kini dengan beliau ketika ini turut menjawat Timbalan Ketua Menteri Sabah – sumber – 


No comments:

Post a Comment