Pages

Monday, January 2, 2012

SIAPAKAH HASNAH IBRAHIM??? WANITA ISLAM MALAYSIA YANG MURTAD


 Ø§Ù„سَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللَّÙ‡ِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ
بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيمِ



SIAPAKAH HASNAH IBRAHIM??? WANITA ISLAM MALAYSIA YANG MURTAD


Astaghfirullaaahh…,

Walaupun kisah ini sudah lama berlalu.., namun kita harus menjadikan ianya sebagai satu iktibar khususnya kepada umat islam negara ini yang semakin tercabar mendepani gejala murtad..!

Kisahnyaa… Hasnah Binti Ibrahim anak keluarga Melayu Islam yang susah dan hidup penuh kedaifan dalam keluarga miskin.
 
Hasnah mempunyai 12 orang adik beradik. Namun begitu beliau dikurniakan Allah kecerdikan dan berjaya dalam alam persekolahannya. Mengikut cerita Hasnah pada video klip dibawah ini, beliau ditawarkan BIASISWA kerajaan Malaysia untuk melanjutkan pelajarannya diluar negara.

Selepas itu, Hasnah berhasrat untuk menuntut di England tetapi telah ditawarkan meneruskan pengajiannya di Kansas State University USA. Maka disinilah Hasnah mengenali kehidupan penuh cabaran. Manhattan yang sangat terkenal dengan underground Christian Missionaries…

Beliau akui bahawa sewaktu di Kansas University, seorang pelajar bernama Robin sering “mendekati” beliau untuk menceritakan mengenai Jesus.. Malah Hasnah sebut Robin telah “di ajar” untuk How To Look For Those Who Need JESUS…!!
Kalau ikut kan dah ramai orang Melayu, Muslim dah murtad, dah keluar dari Islam. Tapi undang-undang Malaysia tak boleh nak halang. Apa boleh buat??? Perlembagaan kita dari dulu lagi dah ambil pakai undang-undang Lord Reid, undang-undang mat saleh jugak yang di agung-agungkan. Cuba gantikan Reid tu kepada Hudud.. Tak boleh ke??

Nauzubillah.

H
asnah bukan sahaja berbohong keluarganya susah, malahan menghinakan bapanya seorang penagih arak dan pemabuk.... bagi menghalalkan tindakannya berkahwin dengan Mat Salleh....



Tak ada sesiapa ke nak ke Kansas State macam satu citer dulu, ada sorang Timbalan Menteri yang beria2 nak ke London menyelamat Sophia yang menjadi pelacur….. Entah laaaa

W
al'iyazubillah.......



Sunday, January 1, 2012

PAS JELASKAN ISU MADRASAH SALIHIAH


 Ø§Ù„سَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللَّÙ‡ِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ
بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيمِ



PAS JELASKAN ISU MADRASAH SALIHIAH

Setelah dikritik hebat pihak tertentu berikutan Kerajaan Negeri bertegas mahu merobohkan Madrasah Salihiah untuk dibangunkan Kompleks beli belah Aman Central, Kerajaan Negeri tampil mengemukakan penjelasan terhadap 10 dakwaan yang dilemparkan. Exco Penerangan, Abd Ghani Ahmad berkata, penjelasan dibuat supaya rakyat dapat membuat penilaian sendiri, dan tidak terpedaya dengan dakwaan yang dilemparkan atas tindakan Kerajaan Negeri.


Merujuk dakwaan yang mengatakan Kerajaan Negeri bertindak zalim kerana mahu merobohkan madrasah, Abd Ghani berkata, keputusan dibuat bukan sewenang-wenangnya, sebaliknya dirujuk kepada Majlis Fatwa Negeri Kedah, diketuai Mufti Kedah, Datuk Sheikh Badaruddin Ahmad.

“Majlis Fatwa bermuzakarah dan putuskan surau itu boleh dirobohkan berdasarkan kaedah istibdal, iaitu pindah wakaf kepada manfaat yang lebih baik. Pampasan RM1.48 juta diberi kepada Majlis Agama Islam Kedah (Maik) selaku pemegang amanah surau untuk dapatkan wakaf yang baru,” katanya.

Menurutnya, di lokasi yang dirobohkan pula dibina surau baru yang mampu menempatkan 400 jemaah, berbanding 200 jemaah di madrasah itu.

“Surau baru dibina dan pampasan untuk adakan wakaf yang baru diberi. Makna, roboh satu dapat dua madrasah, bukankah lebih manfaatnya,” katanya.


Dakwaan kedua kononnya Mufti Kedah dipaksa turut kehendak Kerajaan Negeri turut disangkal Abd Ghani.

“Mufti Kedah dan Majlis Fatwa berada bawah kuasa Tuanku Sultan, yang kini Yang di-Pertuan Agong, bukannya lantikan Menteri Besar. Justeru, tuduhan itu tidak berasas. Mufti juga tidak buat keputusan berseorangan tetapi secara muzakarah,” katanya.

Menurutnya, kesemua anggota Majlis Fatwa terdiri dari kalangan ulama dan ilmuan agama dan ketokohan mereka tidak wajar dipertikai.

Abd Ghani berkata, menjawab tuduhan ketiga, iaitu surau baru dalam kompleks sukar diakses, katanya, surau itu dibina di aras bawah dan boleh diakses dari luar pada bila-bila masa.

“Jika kompleks itu ditutup, orang ramai masih boleh masuk surau dari laluan lain yang disediakan. Ia juga akan menampakkan syiar sebuah surau seperti kubah dan melaungkan azan setiap kali masuk waktu solat,” katanya.

Menurutnya, berbanding Madrasah Salihiah, hanya dibuka pada waktu Zuhur dan Asar, manakala pada waktu lain surau dikunci dari luar dan tidak diimarahkan sepanjang lima waktu.

Dakwaan keempat yang mengatakan madrasah itu bernilai 100 tahun dan mempunyai nilai sejarah, Abd Ghani berkata, bangunan asal madrasah sudah diroboh pada 2007, dan bangunan sedia ada adalah bangunan baru sebagai ganti.

“Sebahagian besar bangunan adalah ruang pejabat yang disewa kepada syarikat insurans, hanya satu ruang untuk bersolat. Dianggarkan bangunan baru itu berusia empat tahun dan pampasan yang diberi dengan menilai keseluruhan tanah dan bangunan,” katanya.

Tiada anak kariah solat Subuh berjemaah di madrasah

Mengulas dakwaan kelima, mengaitkan seluruh bangunan madrasah sebagai rumah Allah, Abd Ghani menyangkal dan menegaskan, rumah Allah hanya untuk surau atau masjid yang menepati syarat, antaranya, tandas mesti terpisah dari bangunan utama musala, seperti mana kesemua masjid di dunia ini.

“Madrasah Salihiah tidak boleh dipanggil rumah Allah kerana tandas, pejabat perniagaan dan surau berada dalam satu bangunan. Hanya satu ruang untuk surau, seperti mana status surau di bangunan lain,” katanya.

Abd Ghani turut menafikan dakwaan keenam, iaitu lebih 200 jemaah memakmurkan madrasah itu setiap waktu solat kerana didapati hanya ada beberapa rumah orang Islam berdekatan.

“Ramai yang memilih Masjid Zahir untuk tunai solat. Jika benar surau itu ada 200 anak kariah, mengapa tiada seorang pun datang solat Subuh di situ? Mereka yang demonstrasi mengaku anak kariah, tetapi mereka sebenarnya penduduk Taman Wira Mergong,” katanya.

Menurutnya, bangunan itu lebih berfungsi sebagai pejabat syarikat insurans berbanding sebuah madrasah.

Tuduhan ketujuh yang mahu ganti wakaf (surau) dibuat sekitar lokasi berkenaan, Abd Ghani berkata, cadangan itu mungkin baik tetapi persoalannya, bagaimana mahu memenuhi surau ganti wakaf itu kelak, sedangkan kawasan itu bukan perkampungan orang Islam.

“Bukankah lebih baik fikirkan untuk penuhkan surau baru di kompleks perniagaan yang akan dibina, lebih manfaat juga kita guna pampasan bina surau baru di kawasan ramai penduduk,” katanya.

Mengulas dakwaan kelapan yang mengaitkan sebuah gereja berdekatan tidak dirobohkan, Abd Ghani berkata, gereja itu tidak termasuk dalam lokasi strategik yang mahu dimajukan.

“Jika gereja sengaja mahu dimasukkan, maka perlu buat ganti gereja dalam kompleks itu juga. Adakah rakyat negeri ini bersedia melihat sebuah gereja dalam kompleks yang sama dengan surau?” katanya.

Dakwaan kesembilan pula menyebut, mengapa beri peluang kepada pemaju Aman Central yang bukan Islam majukan ekonomi negeri?

Abdul Ghani berkata, Aman Central adalah usaha sama antara Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan pemaju, Bellview Group, bukannya projek milik pemaju semata-mata.

“PKNK milik Kerajaan Negeri, projek ini akan beri manfaat kepada rakyat Kedah, seperti peluang pekerjaan. Realiti dunia kini, akibat kelemahan orang Islam, tidak ada satu aspek yang umat Islam dapat bangunkan iktisad tanpa bantuan bukan Islam. Tidak boleh ada sikap
‘biar orang Islam mundur asal bukan Islam jangan kaya’,” katanya.

Menurutnya, jika begitu, orang Islam tidak boleh menunaikan haji untuk elak bukan Islam yang mengusahakan kapal terbang mendapat untung.

Mengulas dakwaan terakhir, tidak pernah berlaku dalam sejarah negeri Kedah, rumah Allah (masjid/surau) dirobohkan untuk bina kompleks beli belah, Abd Ghani berkata, ianya tidak benar.

“Masjid Alor Malai pernah dirobohkan untuk bangunkan kompleks Al-Bukhari, yang menempatkan kompleks perniagaan. Sebuah masjid baru dibina bukan atas tapak lama, tetapi di lokasi lain dengan kaedah istibdal, sama seperti kaedah Madrasah Salihiah,” katanya.

Menurutnya, ianya tidak dijadikan isu kerana ketika itu Kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah, dan Pas selaku pembangkang tahu hukum hakam dan tidak membantah.

“Sekarang isu Madrasah Salihiah jadi panas sebab pembangkang (BN) kini berasa lebih arif daripada ulama dalam Majlis Fatwa, dan buat pelbagai kenyataan dan dakwaan,” katanya.


ASALKAN BUKAN UMNO... SEMUA TAK BETUL.... ISHHHHHHHHHH.... USTAZ MUKHRIZ, FATHUL BARI, REEZAL MARIKAN SEMUANYA LEBIH MENGETAHUI DARI MAJLIS FATWA KEDAH..... ADUAN RAKYAT TIDAK BERSUARA KE SEMASA MASJID ALOR MALAI DI ROBOHKAN???? MASHITAH IBRAHIM BELUM LAHIR KE??? FATHUL BARI MASIH SEKOLAH RENDAH KE????  - ENTAH LAAAA.... ASALKAN BUKAN UMNO (ABU)

LEMBU BERGERAK BEBAS - BILAKAH AKAN DIBUANG ARANG INI????


 Ø§Ù„سَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللَّÙ‡ِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ
بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيمِ




LEMBU-LEMBU MASIH BEBAS - DATUK SHAMSULBAHRIN ISMAIL KENA TUDUH MENIPU


PEMBONGKARAN OLEH JABATAN AUDIT NEGARA MENGENAI PENYELEWENGAN DARI BEBERAPA TAHUN YANG SILAM SEHINGGA SEKARANG MASIH BELUM ADA TANDA-TANDA KERAJAAN BERMINAT UNTUK MENGIKIS ATAU MEMINIMAKANNYA.

1. KHAIRI JAMALUDDIN YANG MENGAJAK SDRA RAFIZI BERDEBAT.
2. MUHYIDDIN YASIN, MENTERI PERTANIAN DAN ASAS TANI DI KALA ITU.
3. NOH OMAR MENTERI ASAS TANI YANG BERBOHONG BERKALI-KALI
4. PEGAWAI KEMENTERIAN ASAS TANI YANG BERDOLAK-DALIK SEHINGGAKAN MENGALIR KELUAR RM250 JUTA... (RUJUK PAC)
5.  DS HAJI NAJIB SEBAGAI PI EM & MENTERI KEWANGAN TIDAK ALERT DALAM MEMBENARKAN KEWANGAN MALAYSIA MENGALIR TANPA PERJANJIAN KUKUH.... 

RAMAI........... BANYAK YANG MASIH MERUMPUT BEBAS DI TEPI JALAN... MENYAKITKAN MATA RAKYAT.....

CERITA TAUTAN :

1. KERBAU TIPU LEMBU RM1.76 JUTA
9. LEMBU BELI KONDO ONE MENERUNG RM13.8JUTA

SOROTAN KEMBALI :
Yang dilaporkan oleh BERNAMA Februari 18, 2008



Objektif Projek Fidlot Kebangsaan : Bagi memenuhi permintaan yang kian meningkat untuk daging, pembangunan industry daging lembu akan dilaksanakan melalui penubuhan Pusat Fidlot Kebangsaan Yang berpangkalan di Gemas, Pusat Fidlot Kebangsaan merupakan satu projek bersama antara Negeri Sembilan dan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dan dijangka akan memainkan peranan penting dalam mencapai sasaran 28% tahap sara diri bagi daging lembu pengeluaran menjelang tahun 2010. Mandat sebagai integrator bagi projek itu, Fidlot Kebangsaan Corporation Sdn. Bhd. Dimiliki oleh Agroscience Industries Sdn. Bhd. dengan penyertaan dari Kerajaan Malaysia. Kepentingan komersial ialah pembangunan industry daging lembu Malaysia yang terancang, bersepadu dan mampan melalui pembangunan perladangan ternakan bersepadu sepenuhnya dan kemudahan pengeluaran daging lembu yang menguruskan pengimportan ternakan fidlot, penyembelihan, pemprosesan, pembungkusan dan pemasaran daging lembu di Malaysia.

Reported by BERNAMA February 18, 2008


Agriculture and Agro-Based Industry Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said this was because beef price in the world market had increased, and without entering into contracts with beef-suppyling nations such as Australia, there would be no guarantee of continuous supply and stable price.

He said this was also in line with the government’s aim of increasing beef production to 40 percent by 2015.

“I have suggested the setting up of a consortium to import cattle for farms in the country on a continuous basis.”

“I have met the biggest Australian beef producer and supplier which is keen to collaborate with Malaysian beef suppliers,” he told reporters after opening the ‘Pembangunan Industri Pengeluaran Daging Lembu’  seminar here today.

Muhyiddin said the consortium would be set up in two months’ time and the ministry had proposed that National Feedlot Corporation Sdn Bhd lead the consortium.


AKU TAK JUMPA LAGI LAPORAN AUDIT NEGARA DIAMBIL TINDAKAN OLEH KERAJAAN TERHADAP PEGAWAI2 KERAJAAN, MENTERI2 DAN SIAPA SAHAJA YANG BERSEKONGKONG.... 
LEMBU MASIH BEBAS MERAGUT.....


POLIS NAFI PUKUL MAHASISWA, KECEDERAAN KERANA DIRI SENDIRI


 Ø§Ù„سَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللَّÙ‡ِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ
بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيمِ




POLIS NAFI PUKUL MAHASIWA, KECEDERAAN KERANA DIRI SENDIRI

 

KUALA LUMPUR, 1 Jan — Polis menafikan dakwaan memukul beberapa aktivis mahasiswa semasa menghuraikan demonstrasi aman di Universiti Perguruan Sultan Idris menegaskan “tiada pergelutan” berlaaku apabila tangkapan dibuat.

Mahasiswa dan ahli politik pembangkang telah mendakwa beberapa mahasiswa yang terlibat dalam demonstrasi aman menuntut kebebasan akademik telah dipukul dan ditangkap awal pagi setelah ingkar arahan agar bersurai

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata “tindakan perlu diambil” demi keselamatan awam dan salah seorang mahasiswa “tercedera sendiri”.

“Kumpulan mahasiswa tidak mendengar arahan polis supaya bersurai dan kami terpaksa bertindak dengan menangkap mereka.”

“Mereka melawan yang mana ia munkin boleh membawa kepada berlakunya pergelutan,” katanya dipetik The Star.

Mohd Shukri berkata…. baca disini kesah seterusnya 






POLIS PUKUL, TAHAN AKTIVIS MAHASISWA DALAM DEMONSTRASI DI UPSI


 Ø§Ù„سَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللَّÙ‡ِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ
بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيمِ





POLIS PUKUL, TAHAN AKTIVIS MAHASISWA DALAM DEMONSTRASI DI UPSI

 

KUALA LUMPUR, 1 Jan — Beberapa aktivis mahasiawa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang mengadakan demonstrasi aman menuntut kebebasan akademik telah dipukul dan ditahan polis berikutan ingkar arahan pihak berkuasa agar bersurai awal pagi tadi.

Dikatakan 17 daripada mereka telah ditahan sekitar jam 2 pagi tadi menurut peguam yang mewakili mereka, Fadiah Najwa Fikri (gambar). Tambahnya, mereka masih lagi berada dalam tahanan polis.

Koordinator “Lawyers for Liberty”itu berkata, pihak pplis bertindak kasar terhadap mahasiswa berkenaan, yang menyaksikan Muhammad Safwan Anang, Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) di hantar ke Hospital kerana tidak sedarkan diri.

“Mereka dipukul, ditendang dan ditumbuk. Menurut saksi, Safwan turut mengalami patah beberapa batang gigi.” Jelas Fadiah Najwa ketika dihibungi The Malaysian Insider. Cerita seterusnya......

MUFTI : ‘POLIS PATUT BERTINDAK DENGAN BIJAKSANA BUKAN KEMARAHAN’


 Ø§Ù„سَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللَّÙ‡ِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ
بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيمِ



KUALA LUMPUR, 1 Jan — Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menegaskan anggota polis perlu mengambil tindakan dengan bijak dan bukan bertindak di luar batasan sehingga menyebabkan kepada kecederaan orang awam.

Menurut Juanda (gambar), insiden tindakan kasar polis semasa menghuraikan demonstrasi aman mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi tadi amat membingungkan.

Beliau berkata sekiranya tindakan itu diambil dengan perasaan marah ia tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya akan bertambah teruk.

Tambah Juanda, sepatutnya kedua-dua belah pihak berunding untuk mencari jalan penyelesaian terlebih dahulu bagi mengelakkan masalah lain seperti kecederaan.

“Pembantaian mahasiswa di UPSI amat membingungkan. Kenapa sampai perlu menumpahkan darah sesama sendiri yang diharamkan oleh agama? Apakah pintu musyawarah (berunding) sudah tertutup?

“Kemarahan tidak akan selesai dengan memarakkan kemarahan. Masing-masing ada hak untuk bertindak, maka jagalah batasan hak masing-masing,” kata Dr. Juanda dalam tulisannya di laman Facebook.

Awal pagi tadi beberapa mahasiswa yang mengadakan demonstrasi aman menuntut kebebasan akademik di UPSI telah ditahan polis kerana ingkar arahan pihak berkuasa yang mengarahkan mereka bersurai.

Kumpulan mahasiswa itu mendakwa polis telah bertindak kasar dengan “memukul, menendang dan menumbuk” mereka, yang menyaksikan Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) Muhammad Safwan Anang dihantar ke Hospital Slim River kerana tidak sedarkan diri.

Difahamkan dianggarkan seramai 60 orang mahasiswa telah mengadakan demonstrasi di kampus itu bermula malam tadi bagi memprotes Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan menuntut solidariti untuk Adam Adli Abdul Halim, yang menjadi perhatian kerana menurunkan kain rentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di luar ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur bulan lalu.

Pemimpin PKR dan DAP mengkritik tindakan kasar polis terhadap kumpulan mahasiswa itu.

Bagaimanapun Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan menafikan anggotanya bertindak kasar semasa menghuraikan demonstrasi dengan menegaskan “tiada pergelutan” yang berlaku semasa tangkapan dibuat.

Tambah Juanda, pihak polis sepatutnya bertindak secara bijaksana dalam menghuraikan demonstrasi itu.

“Sewaktu api fitnah sedang mara menjulang, pihak berkuasa sewajarnya mencari sesuatu yang sudah semakin hilang pada hari ini, iaitu kebijaksanaan.

“Ya, anda ada kuasa, tetapi biarlah orang hormat dan hargai kuasa anda, bukannya memarakkannya dengan fitnah kebencian,” katanya.

 





SHAHRIZAT MEMBIMBANGKAN NAJIB & PEMIMPIN UMNO YANG LAIN - DEDAHKAN SKANDAL????


 Ø§Ù„سَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللَّÙ‡ِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ
بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيمِ




SHAHRIZAT MEMBIMBANGKAN NAJIB & PEMIMPIN UMNO YANG LAIN - DEDAHKAN SKANDAL????

KEENGGANAN Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengambil sebarang tindakan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil boleh menimbulkan pelbagai persepsi berhubung penyelewengan NFC membabitkan wang rakyat yang diamanahkan kepada kerajaan Pusat.

Adun Taman Medan, Haniza Mohamed Talha berkata tidak ada sebab munasabah untuk Najib melengah-lengahkan tindakan sedangkan pelbagai pihak termasuk pemimpin Umno sendiri menggesa Shahrizat berbuat demikian.

“Apakah Najib takut bertindak disebabkan bimbang Shahrizat mendedahkan pelbagai lagi penyelewengan lain yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno lain termasuk keluarga Najib sendiri sekiranya beliau dipecat?”

“Apakah juga disebabkan ada pemimpin lain yang turut terlibat, Kalau tidak mengapa Najib masih membisu” kata beliau mencabar Najib bertindak menjawab segala persepsi yang ada bagi membersihkan imej kerajaan dimata rakyat.

“Sepatutnya sebagai Perdana Menteri, beliau seharusnya mendepani masalah ini kerana beliau adalah ketuanya,” tegas Haniza yang juga Timbalan Speaker Dun Selangor.

Melihat kepada kepincangan yang dicetuskan oleh Shahrizat, Haniza (gambar) menzahirkan rasa kecewa kerana tidakannya itu bukan sahaja mengkhianati wang rakyat, malah turut mengaibkan kaum wanita.

“Ia amat memalukan sebagai seorang ketua wanita dari satu organisasi yang besar pada masa yang sama mewakili kaum melayu terbabit dalam salah laku seperti ini,” katanya.

“Ini adalah pertama kali pemimpin wanita negara melakukan kesalahan secara terang-terangan,” jelas Haniza.

Katanya di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat pemimpin yang terlibat dengan skandal akan segera meletak jawatan sebagai tanda bertanggungjawab.

Haniza berkata ini tidak mungkin akan berlaku dalam kepimpinan Umno-BN.

Mengulas lanjut, Haniza  berkata penyelewengan tersebut adalah dilema hebat dalam kepimpinan Umno kerana apa jua tindakan yang bakal diambil tetap akan menerima hukuman dan kritikan daripada rakyat.

“Luah mati emak, telan mati bapak' bagaimana cara sekalipun, Umno tidaka akan terlepas daripada diadili oleh rakyat dan tidakan mereka itu akan dilihat sebagai sebuah janji yang telah mengkhianati rakyat,” kata beliau

KeADILan sebelum ini mendakwa sejumlah RM250 juta dana awam diberikan kepada syarikat berkenaan yang dikaitkan dengan suami Menteri Pembangunan, Wanita dan Keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Bagaimanapun wang itu didakwa telah disalahguna sehingga projek tersebut dikatakan dalam 'kucar-kacir' seperti dirumuskan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Kemudiannya didedahkan wang tersebut digunakan oleh NFC bagi membeli dua buah unit  kondominium mewah di Bangsar bernilai RM13.8 juta.

Selain itu, KeADILan turut mendakwa sejumlah RM5 juta pula dibelanja untuk membeli kereta Mercedes Benz dan tanah di Putrajaya serta RM588,585 disalurkan kepada syarikat-syarikat milik keluarga menteri itu.

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) juga berpendapat siasatan awal mendapati beberapa kelemahan yang berlaku pada awal perancangan dan juga perlaksanaan.