Pages

Saturday, October 15, 2016

Rugi Di Dunia, Rugi Di Akhirat...



Kembali aku dari Telok Mas... Aku mengopi kat gerai yang tak jauh dari rumah aku...

Terjumpa lah plak dengan pengasas Bersatu di kampong aku... Terus aku ditembak dgn soalan bertalu² mengenai PAS... (B-Bersatu, P-Pas)

B. Kenapa Pas tak nak sertai Barisan Pembangkang???

P. Pas memang dah pembangkang

B. Pas tak nak bincang pasal agihan kerusi???

P. Pas dah agih dah pun... Pas dah declare yg Pas akan bertanding di semua kerusi yang dia bertanding dalam PRU13 lalu... So... Yang lebih tu PH agihlah antara Bersatu, Pkr, Dap dan Pan... Apa masalahnya???

B. Susahlah mcm ni sebab kita nak jatuhkan umno???

P. Apa masalahnya... Pas dah lama nak jatuhkan Umno Bn... Tapi TMK, TSMY & dan Mukhriz cuma nak jatuhkan Najib jer... Umno tetap akan berkuasa...

B. Haji tak faham politik... Biar kita berkuasa dulu... Lepas tu apa nak jadi baru kita settle...

P. Islam mengajar umatnya jangan kena tipu 2 kali... Kalau kena tipu kali kedua, itu tanda tak beriman... TMK takpernah minta maaf atas pembunuhan Memali dari waris yang dibunuhnya... Tidak mustahil orang zalim akan menjadi lebih zalim kerana tak pernah rasa bersalah... Semasa berlaku dia tipu kata ada di Cina sedangkan Tun Musa dah dedahkan TMK ada di KL...

B. Jadi Haji setujulah Umno teruskan kezaliman??? Terus rompak harta negara???

P. TMK tak rompak ke??? TSMY tak rompak ke??? Lim Guan Eng tak rompak ke???

B. Rompak...

P. So... Apa bezanya antara umno, bersatu, pan, pkr dan dap??? Tak ada bezakan???

B. Apa stand Pas???

P. Pas stand dengan yang bersetuju dengan matlamat Pas... Martabatkan RUU355 dulu supaya mahkamah syariah tidak diganggu oleh mahkamah sivil...

B. Pas boleh menang ke???

P. Biar tak menang di dunia dengan menggadai aqidah dari menang putrajaya tapi hanyut diakhirat...

B. Jadi haji setuju la umno teruskan penindasan???

P. Ini bukan soal setuju atau tak... Soalnya siapa yang zalim sebelum berkuasa??? Pan mencuri kerusi Pas sebelum menang... Dap serang RUU355 yang tak der sangkut paut dengan depa... TMK pun serang RUU355... Pan pun serang... Pkr pun serupa... Cuba awak cerita apa beza umno bn dengan PH??? Tak ada beza kan...

Lagi pun TMK janji nak bayar royalti minyak kelantan & teganu... Kenapa masa ada kuasa, disekat... masa desperate boleh gula²kan... Apakah tak ada unsur² pembelitan???

B. Kalau camtu, Pas bertanding sendiri... Camna nak tadbir negara???

P. Kalau umno dapat 90 kerusi, Pan 10, Dap 30, Pkr 30 dan Bersatu 20... Siapa boleh bentukan kerajaan??? Pas memang x boleh bentuk dengan hanya 30 kerusi... 

Apakah yang akan Bersatu buat??? Tak timbul ke kuasa gabungan Umno Bersatu perintah Malaysia??? Apa kah TMK nak jaga rakyat yang pernah ditindas selama 22 tahun??? Bukan setakat rugi di dunia... Akhirat juga hilang...

B. Balik dulu haji yer...


Aik... Tetiba jer lari balik... Tanya la lagi...

No comments:

Post a Comment