Pages

Monday, September 5, 2016

Islam tidak rosak oleh ramainya musuh...


Berikutan penahanan Ust Esa Deraman atas kesalahan mengajar ilmu agama tanpa tauliah di sebuah masjid di Johor....

Aku tidak menolak keperluan wujud peraturan bagi mengawal kemasukan pengaruh2 dan anasir yg tidak betul melalui institusi agama ke dalam masyarakat... peraturan itu dibuat dengan tujuan baik, tetapi sehingga hari ini... perlaksanaannya tidak pernah menepati tujuan dan amat menyimpang dari kaedah2 syarak...

Seperti contoh yg berlaku ini... Ustaz diserbu ketika sedang memberi kuliah, di hadapan orang ramai... di dalam rumah Allah yang memuliakan para tetamu Nya... peraturan tersebut tidak sepatutnya dijadikan sebagai satu lesen menghalang kuliah dijalankan... yang sepatutnya pegawai2 agama ni perlu lebih "berhemah" dalam menjalankan tindakan...

Perlu kenalpasti perbezaan kesalahan itu setahap mana:-
1. Apakah hanya mengajar tanpa tauliah, tapi apa yang di ajarkan atau diberitahu tu betul... atau
2. Mengajar tanpa tauliah dan apa yang diajarkan itu menyeleweng dari ajaran Islam adalah perkara yang berbeza...
i. Sepatutnya diberi laluan ketika kuliah masih berjalan… dah selesai kuliah, keluarkanlah notis minta ustaz berkenaan hadirkan diri di pejabat agama untuk sesi muzakarah dan beri laluan utk dapatkan tauliah...
ii. Manakala kalau senario kedua, memang patut dihentikan acara pada ketika itu juga kerana menyeleweng....

Peraturan tauliah itu sebenarnya diadakan dengan tujuan... maka jangan diabaikan tujuan ianya dikuatkuasakan, tetapi lebih mengutamakan kesalahan... asal saja salah (tiada tauliah), terus tangkap... sedangkan tujuan peraturan (elakkan penyelewengan) tersebut tidak pun terjejas atau belum memenuhi syarat...

Islam tidak rosak oleh ramainya musuh, tetapi ia dirosakkan oleh penganutnya sendiri....

No comments:

Post a Comment