Zahid
berkata, kelembapan ekonomi yang dihadapi negara ketika ini perlu ditangani
semua pihak secara bersama.
KUALA
LUMPUR: Ekonomi negara lebih baik pada zaman pentadbiran perdana menteri
terdahulu, kerana pemimpin negara bernasib baik ekoran pasaran dunia dan harga
komoditi meningkat ketika itu.
Timbalan
Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kemelesetan ekonomi
ketika ini bukannya salah pucuk pimpinan negara, memandangkan kebergantungan
Malaysia terhadap pasaran dunia.
“Jika ada perdana menteri terdahulu menyatakan di zamannya ekonomi baik, beliau bernasib baik kerana ketika itu harga minyak, gas meningkat… beliau bernasib baik ketika itu harga komoditi meningkat kerana pasaran dunia menyebabkan keadaan itu berlaku.”
“Peperangan di Iraq, peperangan timur tengah, peperangan di tempat lain yang menyebabkan permintaan kepada bahan petroleum… ini keadaan berbeza. Ini bukan salah kepimpinan… ini pergantungan kita kepada pasaran dunia,” katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan ke-8 Parti Makkal Sakti Malaysia hari ini.
Zahid menambah, sebagai bekas pegawai bank, beliau tahu mengenai keadaan ekonomi negara dan kelembapan ekonomi yang dihadapi negara ketika ini perlu ditangani semua pihak secara bersama.
“Kalau kita nak bincang atau membandingkan selama 22 tahun kononnya keadaan (ekonomi) lebih baik dari keadaan sekarang… kita lihat bagaimana (keadaan) ketika di stesen (minyak). Apabila inflasi terlalu tinggi, apabila depression berlaku.
“Saya tidak mahu membela mana2 pemimpin, tetapi keadaan ekonomi sekarang ini harus kita tangani bersama, walaupun ia tanggungjawab kerajaan.
“Kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri (Datuk
Seri Najib Razak) masih mampu berikan yang terbaik kepada rakyat, masih mampu
berikan bajet terbaik kepada rakyat keseluruhannya,” katanya. sumber
-----------------------------------
Tok Zahid... Nak wat lawak bodoh pun jangan tak dah harga lak... citer la asbab yang logik seperti ketirisan ke, mis-conduct GLC ke, songlap ke, rasuah ke... isyyy apa Tok ni...
-----------------------------------
Tok Zahid... Nak wat lawak bodoh pun jangan tak dah harga lak... citer la asbab yang logik seperti ketirisan ke, mis-conduct GLC ke, songlap ke, rasuah ke... isyyy apa Tok ni...
No comments:
Post a Comment