Social Icons

Pages

Monday, September 5, 2016

PH Kena Games Ngan Tun Mahathir Lagi... Hancing....



Keghairahan nak menjatuhkan Najib telah memerangkapkan Set2 PKR, PAN dan DAP... Aku tak cakap depa ni bodoh tapi berjaya di BENGONGKAN dengan Deklarasi Rakyat...

Lakonan mantap hero tua Bollywood Production ni telah memukau penonton sinario politik Malaysia dengan watak zuhudnya menjatuhkan Najib tapi mengekalkan UMNO...

Clown2 politik macam Mat Sabu, Mahfuz Omar, Husam Musa (hampir terlupa namanya) Azmin Ali (anak angkat dia), Rafizi yang masters in spinning dan set2 ‘terpandang’ Putrajaya… Terpukau habis…

Bagi aku penglibatan Tun Mahathir hanya untuk memecahkan perpaduan dan melemahkan PR... Ini lah satu2 jalan yang akan menyelamatkan Umno dalam PRU14 nanti...

Perlulah diingatkan… UMNO yang nak diselamatkan adalah UMNO yang ditubuhnya sendiri pada tahun 1988… Keahlian No 1 adalah miliknya…

Ini sejarahnya… Tun Mahathir mahukah menghapuskan tinta sejarah yang diciptanya…???

Reformasi hanyalah slogan retorik menarik rakyat kejalan raya sahaja...  Bak kata Saifuddin Nasution... "If we cannot beat them, we join them"

Hari ni di mahkamah... Sekali lagi DSAI telah kena games dengan bekas ‘sifu’ dia... DSAI ‘terpaksa’ menyambut tangan yang menuduh dia 'ejen CIA' 'peliwat',  'boneka US', 'Ejen IMF' bagai sebagai tanda berdamai ke??? Berdamaikah mereka???

Apakah segala tuduhan DSAI kepada Tun Mahathir memaksa beliau mengambil wang KWSP dan Petronas untuk selamatkan anak2nya... hanya akan menjadi laungan seloka dan senda gurau sahaja...???

Bagi aku...
1. Tun Mahathir adalah master in Divide & Rule...
2. Tun Mahathir tetap pembunuh Ulama Memali...
3. Tun Mahathir adalah pemusnah Sekolah Agama Rakyat...
4. Tun Mahathir tetap BAPA SEKULAR TEGAR 

Akhirnya yang menjadi mangsa ialah rakyat yang tidak berdosa.

PAS yang masih kekal dengan imej bersih… PAS sahaja yang boleh selamatkan aqidah Islam, Negara dan Orang Islam…




1 comment:

  1. Semoga pas tak lari drpd dasar islamnya wlpun seribu fitnah mndatang.

    ReplyDelete