JENGKA
- Kira-kira 30 peneroka di Jengka 11 di sini, berhimpun secara aman di Pejabat
Pengurusan Felda Jengka kerana tidak bersetuju pembayaran hasil yang dibuat
hanya sebulan sekali, pada masa ini.
Perhimpunan itu turut disertai Ketua Peneroka, Abdul Aziz
Rashidi; Ketua Umno Cawangan Jengka 11, Ahmad Bakar dan Aktar Apandi Pilus
selaku generasi kedua bersama sebahagian peneroka yang menuntut beberapa
penjelasan lain berkenaan pengurusan Felda.
Peneroka, Abd Rahman Mamat, 64, berkata, dia membantah kaedah
pembayaran sekarang di mana peneroka yang mengusahakan sendiri ladang dan
menjual hasil kepada Felda tidak mendapat bayaran mingguan seperti dijanjikan,
sebaliknya menjadi sebulan sekali menyebabkan banyak tunggakan pembayaran hasil
kepada mereka.
“Peneroka yang tanam sendiri dah jual hasil sawit kepada Felda,
tetapi duit lambat dapat. Macam mana? Kami ibarat dianaktirikan pula sehingga
menjejaskan ekonomi keluarga malah ada yang lumpuh ekonominya.
“Bayangkan kesusahan peneroka sekarang. Felda menjanjikan
bayaran mingguan tetapi perkara itu tak berlaku. Apa yang berlaku ialah dibayar
sebulan sekali. Lepas itu ditolak pula beberapa potongan lain,” katanya.
Mohammad Salleh, 64, pula berharap Felda menjawab isu itu
secepat mungkin dengan memberikan perhatian serius kerana ia sudah berlaku
dalam tempoh terlalu lama.
“Sampai bila lagi kami nak tunggu dan bersabar. Tak sempat nak
pusing duit belanja. Tarikh pembayaran juga tidak seragam. Itu yang
mengelirukan peneroka. Setiap minggu datang pejabat berharap dapat duit hasil.
Hasil dah jual tapi duit tak ada.
"Apabila datang pejabat dan tak dapat duit, kami kecewa.
Balik tangan kosong dan seperti mengecewakan seisi rumah. Nak guna duit mana
bayar bil dan belanja dapur?,” katanya.
Sementara itu, Shahidan Ahmad, 65, berkata, sempena Hari
Peneroka, dia berharap pihak berkaitan memberi perhatian terhadap keluh kesah
warga peneroka, khususnya di Gugusan Felda.
“Ekonomi peneroka sangat teruk sekarang. Pada usia emas, sepatutnya
kami dah boleh rasa lega untuk terima duit hasil sawit. Tetapi nampaknya tidak.
"Ada peneroka yang terpaksa berniaga dan cari ikhtiar lain
untuk cari pendapatan demi meneruskan kelangsungan hidup. Kasihanilah
peneroka,” katanya.
Sumber
Felda
ditubuhkan oleh bapa…
Felda
dijahanamkan oleh anak…
Sultan dari
bangsa Melayu…
Penguasa
Negara dari bangsa Melayu…
KPN dari
bangsa Melayu…
Jeneral
dari bangsa Melayu…
Peneroka
ramai dari bangsa Melayu…
Merempat
Melayu di bumi bertuah Semenanjung Tanah Melayu…
No comments:
Post a Comment