Pages

Tuesday, September 27, 2016

Dato Husam... Gabungan Silat & Kungfu Ajaran Tan Kok Seong Mesti Hebatkan???


Isu Durian Kunyit : Dakwaan WIRA Negara YB Dato' Hj Husam Musa ADUN Salor Banyak Tersasar dan Salah Fakta

Assalamualaikum
1. Ini kenyataan balas saya berhubung dakwaan yang dibangkitkan oleh YB Dato' Husam Musa . Maaf, saya tidak berpelajaran tinggi seperti beliau, dan mungkin susunan ayat serta kenyataan saya tidak sehebat pengolahan Husam Musa. Namun InsyaAllah saya akan terangkan semampu saya secara ringkas untuk orang ramai mudah faham apa yang akan dinyatakan.

2. Saya hanya akan jawab isu yang berkaitan dengan syarikat saya. Selagi saya di tempat yang benar, InsyaAllah saya tidak akan goyah. Berkenaan tuduhan palsu yang didakwa oleh Husam iaitu sebanyak 18 kelulusan telah saya perolehi, adalah tidak benar, bohong dan berniat jahat. Sepanjang saya terlibat dalam bidang ini, angka 18 kelulusan hanyalah khayalan Husam semata mata.

3. Tahukah Dato' bahawa saya hanya mendapat 9 kelulusan sahaja dalam tempoh 12 Tahun? Sembilan (9). Saya eja sekali lagi, SEMBILAN. Saya yakin ini angka kegemaran Dato'.

4. Saya minta celik mata sedikit Dato', saya sudah terlibat dalam bidang pembalakan ini lebih daripada 12 tahun yang lampau, dan berkenaan 44 syarikat yang didaftarkan dengan SSM, ia adalah syarikat syarikat saya yang berniaga dalam pelbagai cabang khususnya pembalakan. Dan tidak semua daripada syarikat itu mendapat kelulusan balak. Apa yang saya boleh katakan, ini adalah jalan saya dalam mencari rezeki.

5. Manakala Enam (6) syarikat daripada Sembilan (9) yang diluluskan itu, ianya berlaku pada zaman Arwah TGNA sebagai MB Kelantan dan juga pada waktu itu YB Dato Husam Musa sendiri sebagai Ahli Jawatankuasa Kecil Perhutanan (JKKP). Dan lupakah YB Dato' Husam bahawa Dato' sendiri pernah mempertimbangkan satu kelulusan Getah Klon Balak (TLC) kepada syarikat saya iaitu GEMILANG KRAI TIMBER pada Tahun 2010?

6. Kelulusan ini pula adalah benar benar di dalam Kawasan Hutan Simpan Kekal Batu Papan, Kompartmen 16,35,36 dan 39 seluas 400 Hektar. Mungkin Husam lupa, tapi tidak mengapa, saya tolong ingatkan di sini.

7. Jika benar saya ini adalah pengkhianat yang didakwa, mengapa Husam sendiri pernah memberi kelulusan kepada syarikat saya iaitu GEMILANG KRAI TIMBER dalam Mesyuarat JKKP tersebut? Adakah Husam Musa kurang pertimbangan ketika itu?

8. Semua rakyat Kelantan sedia maklum, Husam hebat dalam memutar belitkan jawapan. Dato' Husam seorang yang berpendidikan tinggi namun beria-ria mengeluarkan isu berkaitan DURIAN KUNYIT, yang dikatakan memberi kesan buruk kepada ekologi. Tapi Husam jangan lupa atau buat buat lupa, sewaktu cadangan tentang PROJEK LADANG HUTAN GETAH KLON BALAK (TLC) Pihak JPNK telah kemukakan kepada kementerian dan cadangan ini telah DITOLAK serta tidak disokong oleh pihak kementerian NRE, siapakah ketika itu yang begitu LANTANG bersuara untuk TETAP MENERUSKAN Projek Getah Klon Balak dalam Kawasan Hutan Simpan Kekal Negeri Kelantan untuk di jadikan Ladang Hutan?

9. Idea Husam ini ditolak kerana projek ini hanya merugikan rakyat dan Kerajaan Negeri disebabkan hutan hutan akan digondol secara rakus dan dengan kaedah cuci mangkuk untuk pembangunan ladang hutan. Kenapa ketika itu Dato' tidak terfikir soal ekologi dan tadahan air? Saya kira waktu itu mungkin Dato' Husam Musa kurang pertimbangan kerana berjawatan Exco Kanan, dan lebih "CELIK" apabila tidak berjawatan saat ini.

10. Dato' Husam Musa memanipulasikan Allahyarham TG Nik Abdul Aziz ketika itu, untuk meneruskan projek Ladang Hutan Getah Klon Balak TLC dan ternyata projek itu telah GAGAL sama sekali. Hanya 28% sahaja daripada penanaman semula yang berjaya dari jumlah 85,000 ekar yang telah digondol. Dari mana datangnya idea bodoh ini? Tepuk dada Dato' Husam Musa, anda pencetusnya, dan kini sibuk menyalahkan orang lain pula? Ini lempar batu sembunyi tangan.

11. Dan satu lagi semestinya Dato' Husam Musa cukup mengenali individu ini. Saya tanya secara jujur dan ikhlas memandangkan Dato Husam Musa sendiri meminta untuk YAB MB Kelantan agar telus, saya kira diri Dato' juga perlu TELUS, berapa RIBU HEKTAR kelulusan yang telah diberikan kepada TIAN KOK SEONG semasa Dato' Husam Musa BERKUASA? Dan berapakah Durian Runtuh yang telah Dato Husam terima? Jangan kata durian, dahan dan batangnya semua sekali jatuh ke ribaan Dato'. Tidak begitu?

Hamba Allah 
Ali bin Omar 
27/9/2016
-----+-----+-----+-----+-----+-----+-----
YB Dato Husam selaku ‘Wira Negara’… ambo ghaso tak dok segan silu nok menjawab persoalan ni ke…

Seorang pendekar tak kan lari tinggal gelanggang kat barua2 bawahan dan anjing2 DAP jer menjawab kan…


Tak kan ilmu persilatan Melayu dan kungfu ajaran Tan Kok Seong boleh dikalahkan kot…

Patutlah Husam Kusam kaya raya rupanya TOKEY CINA bela.

Habis balak Kelantan diserah pada cina dan huse dpt habuanya....

Husam, Ali Omar dah jawab ko. Sila hadam dan rebus henpon ko sekali kalau susah sgt nak faham.
......................................................
Dato Husam, Ali Omar kata bring it on bebey!!!!
***********************************************

2 comments:

  1. tuduhan macam pukimak,,melalut dan mengelirukan

    ReplyDelete
  2. Banyak lgi projek di bawah husam ni yg telah gagal...ada sekadar tinggal batu asas je. Tak payah nak kelentong rakyat klntan la...koho ramai doh ore tau.

    ReplyDelete