Polis akan menjalankan siasatan terperinci
berhubung kes seorang atlet bola baling Sukan Malaysia (Sukma) 2013 yang
mendakwa dirogol sekumpulan atlet lelaki di perkampungan sukan di Universiti
Putra Malaysia, Rabu lepas.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar
berkata polis memandang serius perkara itu kerana ia melibatkan imej sukan
negara amnya dan perbuatan jenayah dalam kalangan atlet, khasnya.
“Laporan ini amat serius. Kita akan lakukan
siasatan lanjut dan terperinci mengenai kes ini,” katanya ketika dihubungi
Bernama hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan atlet remaja berusia
19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di
bilik penginapan sebuah kolej universiti itu.
Mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis
Daerah Serdang dan susulan itu, polis menahan tiga atlet semalam untuk membantu
siasatan. – MK–
No comments:
Post a Comment