16 Julai 2013 - Ahli
Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini mendedahkan pembekal dakwat kekal di
Dewan Rakyat dengan menyatakan individu itu "rakan rapat" pemimpin
tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mendakwa kontrak
berkenaandiberikan secara rundingan terus.
“Kontrak dakwat kekal ini diraih oleh seorang pakar rundingan terus bernama Mohd Salleh Md Ali, nombor kad pengenalan 671112665021 (IC asal dari Singapura).
“Dikhabarkan pakar rundingan terus ini mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin negara, malah juga dikatakan rapat dengan Pengerusi SPR dan Timbalannya,” katanya di Dewan Rakyat.
Kontroversi dakwat kekal menjadi pertikaian dalam
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu selepas ia mudah ditanggalkan walaupun
hanya dengan membasuhnya.
SPR yang didesak mendedahkan pembekal dakwat itu
berkeras enggan berbuat demikian atas alasan “isu keselamatan”.
Rafizi berkata, Mohd Salleh memiliki tiga syarikat
yang mendapat banyak kontrak kerajaan secara rundingan terus, antaranya
Integrated Challenger Malaysia Sdn Bhd yang didakwa membekal dakwat pada
pilihan raya 5 Mei lalu.
“Ada tiga syarikat yang dikawal oleh niagawan
bernama Mohd Salleh termasuklah satu syarikat bernama Integrated Challenger
Malaysia Sdn Bhd.
“Daripada syarikat ini, ada dua lagi syarikat yang
masuk menerusi rundingan terus yang dikawal oleh Md Salleh menggunakan nama
kerani syarikatnya, Norsiah Yusof.
“Beliau adalah ahli pengarah dalam syarikat yang
dikawal Mohd Salleh,” katanya ketika perbahasan perbekalan tambahan Kementerian
Kewangan di Dewan Rakyat hari ini.
Rafizi mencabar kerajaan untuk memberi penjelasan
dan tidak hanya berdiam diri kerana perkara itu boleh mendorong kepada
tanggapan buruk terhadap pengendali pilihan raya.
Beliau juga meminta menteri berkaitan mengesahkan
pendedahannya mengenai pembekal dakwat kekal itu pada sesi penggulungan.
“Sebab itu dulu saya minta SPR dedahkan sebelum
kita yang dedahkan. Ini kerana ia akan datangkan pelbagai persepsi tidak baik.
Bukankah lebih baik beritahu awal2,” katanya.
Semalam, Pakatan Rakyat (PR) mengemukakan saman ke
atas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan timbalannya, Datuk Wan
Ahmad Wan Omar kerana membuat kenyataan palsu berhubung dakwat kekal serta
kandungan nitrat perak dalam dakwat berkenaan.
Minggu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Seri Shahidan Kassim bertegas SPR tidak bercadang untuk mendedahkan
syarikat pembekal dakwat...
No comments:
Post a Comment