Pages

Sunday, November 11, 2012

PENASIHAT AGAMA PI EM JADI PAK LAWAK TERKINI...


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

PENASIHAT PM: PEMIMPIN ISLAM PERLU SEPAKAT SOAL JAGA AGAMA


BESUT - Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin berkata pemimpin Islam di negara ini perlu sepakat dalam menjaga kepentingan agama Islam tanpa mengira perbezaan fahaman politik.
   
Katanya tindakan sesetengah pemimpin politik yang mengetepikan kepentingan agama demi kedudukan politik dan menyebabkan kecelaruan berpanjangan dalam masyarakat amat dikesalkan.
   
“Amat dikesalkan kerana pemimpin Pas seperti Nik Aziz dan Haji Hadi tidak mahu memperbetulkan  kenyataan yang dibuat Nurul Izzah dalam soalan kebebasan beragama selain turut menyokong dan mengatakan perkara tersebut tidak penting,” katanya pada satu perjumpaan dengan media, di sini hari ini.
   
Katanya sebagai Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat jelas mengetepikan kepentingan Islam apabila menyokong Nurul Izzah sekalipun menyedari Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat itu melakukan kesalahan besar.
   
“Nik Aziz jika tahu perkara itu salah sepatutnya jangan keluar apa2 pandangan dan lebih baik  menjadi syaitan yang bisu daripada syaitan yang berkata2," katanya.
 
Beliau turut meminta Nurul Izzah memperbetulkan kenyataannya dan meminta maaf dengan mengakui tidak arif tentang bidang agama.
   
Pada 3 November lepas, portal berita Malaysiakini melaporkan Nurul Izzah yang juga Anggota Parlimen Lembah Pantai berkata rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara itu juga patut terpakai kepada orang Melayu.
   
“Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata,” katanya.
   
Beliau berkata demikian pada forum bertajuk ‘Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?’ di Subang Jaya pada 3 November. sumber – 

Bila aku tengok komen PENASIHAT AGAMA PI EM ni mula memainkan isu Nurul Izzah mengatakan Melayu bebas beragama… mula menuding jari kepada orang lain untuk membetulkannya… Nampak sangat UmNo amat DAYUS dalam mempertahankan ISLAM dari dihina oleh MCA…

B
ila PAK LAWAK UPAHAN BERSUARA SENADA DENGAN JUHALAK… aku dapat merasakan yang ISLAM akan bersepai selagi UMNO masih menguasai Negara bertuah ini….

Tak kan aku nak suruh kamu mengaji semula dengan Imam Muda bagi memulihkan ingatan kamu terhadap apa itu Islam sebenar… bukan Islam acuan freemason yang kamu selesai tuuuu…..

No comments:

Post a Comment